Fairul Al Qasas
Semalam Presiden PAS Tuan Guru Tan Sri Dato Sri Haji Abdul Hadi Awang telah menuduh pembangunan negeri Kelantan telah disekat bermula sejak PM sekarang (Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan.
Untuk rekod Anwar menjadi Menteri Kewangan dari 1991-1998
Disini bebenangnya..
Serangan Hadi Awang kepada Anwar Ibrahim sebenarnya telah berlaku sejak sekian lama.
Selain dari epik Anwar-Mahathir,
Anwar-Hadi juga menarik untuk kita telusuri.
Jika Anwar cadangkan sesuatu, walaupun baik, Hadi akan lawan.
Pelikkan? Sedangkan Hadi Awang terkenal sebagai ulama yang banyak mengajar dan menulis.
Pesta buku 2023 ni pun ada lancar lagi buku baru.
Hadi antaranya mengajar dan menulis tafsir al-Quran.
Begini tinggi ilmu Hadi Awang...tapi mengapa kelihatan ada yang tak kena khususnya dengan Anwar Ibrahim?
Jawapannya DENGKI
Sabda Nabi Muhammad saw
: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.
Sunan Abi Dawud (4903)
Sebab Anwar sejak dahulu sentiasa mengatasi Hadi.
Selepas PRU 14, Hadi Awang secara terbuka menyokong Tun Mahathir untuk kekal sebagai PM, walaupun sedar ada perjanjian untuk lantik Anwar sebagai PM
Malah kejatuhan PH bukanlah kerana Azmin and the gangs sangat.
Tapi sebab Hadi dan 18 ahli parlimennya sokong untuk jatuhkan PH.
Kalau Azmin dan geng lompat, tapi PAS tak masuk campur, kerajaan masih boleh kekal sebagai kerajaan minoriti.
Hadi dengki ni bukan fitnah..ada yang lain lagi.
Apabila Anwar dapat pengampunan diraja, Hadi Awang juga pertikai proses pengampunan yang diberikan oleh YDPA kepada Anwar
Hadi Awang telah menulis surat kepada pimpinan Islam dunia dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai freemason dll
Hadi Awang juga mempertikaikan mata lebam Anwar dan anggap ia olok-olok. Kenyataan ini dikeluarkan apabila Anwar bersetuju bekerjasama dengan Mahathir.
Apabila Anwar terpilih sebagai PM, Hadi pertikaikan kredibeliti Anwar sebagai PM
Hadi anggap Anwar tak faham Madani, sedangkan Anwar dah bercakap tentang masyarakat Madani sejak 30 tahun lalu, siap ada buku dan seminar.
Malah Hadi tuduh Madani Anwar tak ikut Rasulullah.
Hadi juga menuduh PKR parti yang diketuai oleh Anwar sebagai melawan al-Quran
Namun begitu, Anwar yang pernah menjadi Presiden Abim, sangat mengenang hubungan baik sebelum ini dimana Hadi Awang pernah menjadi Pengerusi Abim Terengganu.
Nampaknya Anwar tidak menyimpan dendam terhadap Hadi
Walaupun sebenarnya tuduhan Hadi pada Anwar sangat teruk.
Kita yang dengar pun mendidih. Kesabaran Anwar tahap dewa.
Ini disampaikan Ustaz Sayuti tentang apa yang Hadi cakap pada Anwar.
Sebenarnya ini bukan kali pertama, Anwar ajak Hadi berdamai, sebab sebelum PRU-14, Anwar pernah dua kali ke Marang untuk jumpa Hadi, tapi Anwar dimarah, diherdik dan dimaki.
Sedangkan banyak juga jasa Anwar pada Hadi.
Semasa berada dalam kerajaan, Anwar telah menghalang daripada Hadi Awang ditahan ISA. Walaupun sedia maklum Hadi berpengaruh menyebabkan peristiwa memali dan ramai yang ditahan ISA dibawah pemerintahan Mahathir. Hadi terselamat.
Anwar juga bertanggungjawab mencalonkan nama Hadi kepada Yusuf Qardawi untuk melantik Hadi sebagai Naib Ketua Ulama Sedunia
Penyokong PAS tetap akan kata..kononnya Hadi sangat berjasa kepada Anwar sebab tulis buku Qazaf.
Tapi kini bekas pimpinan PAS dedahkan, buku itu pun bukan Hadi yang tulis. Tapi letak nama Hadi bagi tujuan menunjukkan sokongan moral kononnya oleh Hadi.
Malah Hadi lah yang beruntung dapat menjadi MB Terengganu dan Ketua Pembangkang Parlimen hasil kemarahan orang Melayu kerana Anwar dipecat.
Hadi meneruskan tindakan bertentangan dengan Anwar
1. Pertikai Anwar selamatkan orang Palestine
2. Pertikaikan Solusi 2 negara, yang mana PN dulu pun setuju juga
Terima kasih
Fairul al Qasas
Tulisan ini asalnya saya terbit kan di X
https://x.com/FyrolIkram/status/1661662157300469762






No comments:
Post a Comment