TARAK TAKUT LAH HADI...HANG JA TAKUT NAK MAI DEWAN MASA ANWAR BENTANG.

 



Pas Dakwa ‘Ketakutan’ Sedang Memuncak Di Pihak Kerajaan

IMG_8751

Abdul Hadi mendakwa ketakutan kononnya sedang memuncak di pihak kerajaan susulan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) pada 21 Oktober 2026. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendakwa ketakutan kononnya sedang memuncak di pihak kerajaan susulan pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) semalam.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau menegaskan keharmonian dalam kalangan parti anggota PN amat utuh kecuali satu ‘pihak yang menyisihkan diri dan berpaling arah’.

“Pas mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran PN melalui notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang bertarikh 20 Oktober.

Pembatalan Perikatan Nasional (PN) bererti hayat Ahmad Samsuri sebagai pengerusi juga habis dengan sendirinya pada 20 Oktober 2026.

“Kami kesal dengan tindakan itu yang dilihat mendahului keputusan mahkamah. Tindakan itu juga menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan sekaligus memperlihatkan ketakutan sedang memuncak di pihak kerajaan,” katanya.

Katanya, Pas mendakwa segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti.

RoS mengesahkan pembatalan pendaftaran PN selepas mendapati penjelasan dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

Menurut RoS, keputusan itu dibuat di bawah sub perenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) selepas meneliti keseluruhan dokumen dan representasi dikemukakan PN pada 12 Oktober lalu.




No comments: