MUNAFIK BETOI PARTI JALANG.





 Perdebatan mengenai kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza mengundang persoalan mengenai sikap dua darjat dalam kalangan pengkritik politik apabila kisah lama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kembali menjadi perhatian.


Ini kerana Sanusi sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas berkaraoke bersama seorang wanita menerusi siaran langsung TikTok sehingga lewat pagi.


Namun, apa yang menarik, tindakan pemimpin PAS itu pernah dipertahankan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat sebagai satu pendekatan dakwah yang tersendiri.


Perkara tersebut dijelaskan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat ketika itu, Datuk Ahmad Yahaya menerusi laporan Sinar Harian bertarikh 14 Januari 2024.


Menurut Ahmad, pendekatan Sanusi perlu dilihat secara positif selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.


Beliau menjelaskan bahawa aktiviti santai seperti karaoke di media sosial boleh menjadi salah satu cara untuk mendekati kelompok masyarakat yang mungkin sukar didekati melalui ceramah atau kuliah agama.


Lebih menarik, Ahmad sendiri mengakui bahawa tindakan Sanusi turut menerima teguran daripada ahli PAS.


Ada yang mempersoalkan mengapa ahli parti diminta memperbanyakkan amalan bermunajat, qiamullail dan berzikir, sedangkan pemimpin mereka pula dilihat berkaraoke sehingga lewat pagi.


Bagaimanapun, Ahmad mempertahankan pendekatan tersebut dengan menjelaskan bahawa Sanusi mempunyai cara tersendiri untuk mendekati masyarakat.


Beliau turut memaklumkan bahawa isteri Sanusi sebenarnya berada bersama suaminya ketika siaran langsung itu, cuma tidak kelihatan dalam rakaman.


Sanusi sendiri sebelum ini menegaskan bahawa penggunaan media sosial bukan satu kesalahan selagi tidak melanggar undang-undang atau hukum agama.


Kini, apabila kehadiran Anwar ke konsert Tokti dikritik oleh sesetengah pihak sebagai hiburan melalaikan, perbandingan dengan episod karaoke Sanusi tentunya mengundang persoalan.


Kalau Sanusi berkaraoke bersama wanita menerusi TikTok boleh dilihat sebagai usaha dakwah, mengapa kehadiran Anwar menyaksikan persembahan muzik tradisional pula menjadi bahan kecaman?


Adakah sesuatu hiburan dinilai berdasarkan perbuatan, atau sebenarnya bergantung kepada parti politik yang diwakili?


Nampaknya, apabila pemimpin sendiri berkaraoke, ada yang melihatnya sebagai pendekatan mendekati masyarakat. Tetapi apabila pemimpin lawan pergi konsert, tiba-tiba soal lagha pula menjadi perdebatan.




No comments: