RAKYAT MELAKA PERLU MENILAI DIMANA KURANGNYA PH













 Malam tadi, perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka meriah dengan kehadiran pimpinan dan jentera Pakatan Harapan sempena Majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera PRN Melaka Ke-16. 


YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan 21 calon Pakatan Harapan, termasuk 5 calon daripada Parti Amanah Negara (AMANAH).


Dalam ucapan, Bang Mat mengingatkan rakyat Melaka isu Raja Berperlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan untuk dijadikan iktibar. 


Kita boleh berbeza pandangan dan berpihak, tetapi jangan sampai bermaki hamun serta memecahbelahkan masyarakat. 


Pengalaman krisis politik akibat perebutan kuasa di pertengahan jalan sebelum ini wajar dijadikan pengajaran agar peristiwa sama tidak berulang.


Bang Mat turut berkongsi usaha Kerajaan MADANI membuka peluang kepada usahawan pertanian meningkatkan pendapatan sehingga bergelar jutawan melalui pasaran eksport, selain menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas terhadap Israel dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin.


Dalam menghadapi PRN Melaka, Bang Mat menyeru agar rakyat menilai kepentingan kestabilan politik, kesinambungan pembangunan dan masa depan negeri ini.


Tahniah diucapkan kepada semua calon. Teruskan kerja kuat berkhidmat untuk rakyat. 


#PakatanHarapan 

#AMANAH 

#PRNMelaka16 

#MelakaRumahKita




No comments: