LAPORAN POLIS TERHADAP MUKHRIZ MAHATHIR





Pada 21 Oktober 2026, jam lebih kurang 6.00 petang, ketika saya berada di kampung Ranau kota marudu, saya telah membaca satu hantaran (posting) di laman media sosial Threads milik Mukhriz Mahathir melalui pautan berikut  :


https://www.threads.com/share/FyTKZk1kg/


Dalam hantaran tersebut, Mukhriz Mahathir telah menulis seperti berikut:


"Tindakan ROS membatalkan pendaftaran #perikatannasional tidak mengejutkan sebab itupun yg disyor oleh pembentangan Inisiatif Strategik di Konvensyen PKR di Melaka 15 Ogos lepas. Salahguna kuasa dan Anwar Ibrahim berpisah tiada."


Hantaran tersebut turut memaparkan satu slaid bertajuk "WHAT PMX MUST DO TO KEEP HIS POWER" yang antara lain mengandungi cadangan untuk menggantung aktiviti Perikatan Nasional (PN), bersama satu paparan berita mengenai keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).


Saya menganggap tuduhan yang dibuat oleh Mukhriz Mahathir ini sebagai SATU FITNAH JAHAT, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN BERNIAT BURUK terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Saya percaya tindakan Mukhriz Mahathir merupakan satu usaha untuk mencemarkan nama baik Parti Keadilan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain mewujudkan persepsi buruk seolah-olah keputusan ROS dibuat atas arahan politik dan penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri.


Saya juga bimbang tuduhan yang saya anggap sebagai fitnah jahat ini boleh mengelirukan rakyat, menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan negara serta menggugat keyakinan masyarakat terhadap kebebasan dan integriti institusi kerajaan.


Sehubungan itu, saya membuat laporan polis ini bagi memohon pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap Mukhriz Mahathir berhubung hantaran tersebut, khususnya di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan (Akta 574), atau mana-mana peruntukan undang-undang lain yang bersesuaian.


Saya memohon agar pihak polis menyiasat kesahihan tuduhan tersebut, sumber asal slaid yang disebarkan serta unsur niat di sebalik penyiarannya. Sekiranya terdapat bukti berlakunya kesalahan jenayah, saya memohon agar tindakan undang-undang yang tegas dan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab supaya penyebaran tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan reputasi individu, parti politik dan institusi kerajaan dapat dibendung.


Sekian laporan saya.





No comments: