MEMBANTU KOS SARA HIDUP

 



Hari ini saya bertemu warga Melaka ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30), sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI menangani kos sara hidup rakyat.














Dalam ucapan, saya menyentuh kenaikan harga minyak dunia yang mencecah sekitar US$130 satu tong ketika ini. Tatkala banyak negara di seluruh dunia merasai kesannya, alhamdulillah Kerajaan MADANI terus mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95, meskipun kita perlu menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjur mencecah sehingga RM45 bilion setahun.


Dalam keadaan ini, ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan. 


Pendirian Kerajaan MADANI jelas: lebih baik Kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita. Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga.


Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah.


Peluncuran NCLAP30 hari ini juga adalah sebahagian ikhtiar kita menangani kos sara hidup, di samping memperluas Jualan Rahmah melalui penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun. Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terus turun padang menyantuni rakyat.


Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang. Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban.


#MalaysiaMADANI 

#YakinMADANI






No comments: