‘PN Is Back’: Siapa Yang Betul Sebenarnya?

 

Screenshot

Ironinya, selepas macam-macam cerita nak berpisah, akhirnya kena duduk semeja juga dengan Bersatu untuk menentukan masa depan Perikatan Nasional (PN).

PENDAPAT, 25 Okt – Takiyuddin kata “PN IS BACK!” Sekali tengok, Bersatu pun still in PN. WAWASAN yang PAS nak bawa masuk pula belum tentu diterima.

Habis tu, siapa sebenarnya yang back, siapa yang kena keluar?

Kan itu yang jadi pertikaian. Mahkamah hanya tangguhkan pengantungan..Bukan bermaksud penyakit PN tu dah selesai.

Ingatkan bila PAS umum putus kerjasama dengan Bersatu, mudahlah nak susun semula Perikatan Nasional ikut acuan sendiri.

Rupanya putus kerjasama politik tak sama dengan buang parti daripada gabungan. Bersatu masih ada kedudukan dalam PN. Nak singkir bukan boleh main umum sahaja.

Yang menarik, WAWASAN pula menjadi pertikaian. Bersatu mempersoalkan bagaimana parti baharu itu boleh diterima tanpa persetujuan semua komponen.

Jadi sekarang, Bersatu yang PAS tak mahu bekerjasama masih berada dalam PN. WAWASAN yang mahu dibawa masuk pula belum tentu dapat tempat.

Takiyuddin boleh kata “PN IS BACK”, tetapi persoalan siapa yang layak duduk dalam PN pun masih belum selesai.

Kalau Bersatu masih kekal dan WAWASAN tak diterima, maknanya susunan politik yang PAS mahukan belum menjadi kenyataan.

Ironinya, selepas macam-macam cerita nak berpisah, akhirnya kena duduk semeja juga dengan Bersatu untuk menentukan masa depan PN.

Dalam politik ni, kadang-kadang kita ingat dah tutup pintu pada orang. Sekali tengok, orang tu masih duduk dalam rumah. Yang kita jemput masuk pula masih tunggu di luar pagar.

PN IS BACK. BERSATU ALSO BACK.

WAWASAN? PLEASE WAIT.

Oleh Ahmad Mursi




No comments: