PERBEZAAN KETARA ERA MADANI BERBANDING ZAMAN TERDAHULU;
1. Ekonomi berkembang lebih kukuh — 3.6% (2023) → 5.1% (2024) → 5.2% (2025) → 5.5% (2026 jangkaan)
2. Defisit fiskal semakin mengecil — 5.0% (2023) → 4.1% (2024) → 3.7% (2025).
3. Pelaburan diluluskan meningkat — RM267.8 bilion (2022) → RM431.1 bilion (2025). RM218 bilion separuh penggal 2026!
4. Pengangguran turun — daripada 3.9% (2022) kepada sekitar 2.9% (2025).
5. Inflasi semakin terkawal — Inflasi makanan pernah 5.8% → inflasi keseluruhan 1.4%.
6. Pelaburan asing bersih meningkat — RM47.4 bilion pada 2024.
7. Ringgit semakin kukuh berbanding tempoh kelemahan ketara sebelumnya.
8. Bantuan STR dan SARA diperluaskan kepada lebih ramai golongan yang memerlukan.
9. Subsidi mula disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak, mengurangkan ketirisan.
10. Penjimatan subsidi disalurkan semula kepada bantuan rakyat dan pembangunan negara.
11. Gaji minimum dinaikkan — daripada RM1,500 kepada RM1,700 dan RM2,000 untuk tahun 2027.
12. Pelaburan bernilai tinggi diberi keutamaan, termasuk semikonduktor, tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
13. Pelan perindustrian baharu diperkuatkan melalui NIMP 2030.
14. Malaysia semakin menarik sebagai destinasi pelaburan global, dengan nilai pelaburan diluluskan mencatat rekod.
15. Kedudukan daya saing Malaysia meningkat dalam ranking IMD.
16. Tadbir urus dan disiplin fiskal diperkemaskan melalui reformasi fiskal.
17. Hasil negara diperkukuh tanpa bergantung semata-mata kepada pinjaman baharu.
18. Bantuan pendidikan diperluaskan, termasuk bantuan awal persekolahan dan pelbagai bantuan kepada pelajar.
19. Kos sara hidup ditangani melalui program bersasar seperti SARA, Jualan Rahmah dan inisiatif bantuan makanan.
20. Lebih banyak fokus kepada ekonomi rakyat, bukan hanya pertumbuhan KDNK — termasuk bantuan tunai, pekerjaan, gaji dan peluang keusahawanan.
Kesimpulan mudah:
Ekonomi naik. Pelaburan naik. Pekerjaan bertambah. Inflasi terkawal. Defisit turun. Bantuan rakyat diperluas.
No comments:
Post a Comment