PRN Melaka: Harga RON95 Kekal Selagi Kerajaan MADANI Diberi Mandat – PM Anwar

 


MK54_24102026_ANWAR_CALON

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto Bernama

MELAKA, 24 Okt – Selagi Kerajaan MADANI diberi mandat memerintah, harga petrol RON95 tidak akan dinaikkan meskipun negara berdepan tekanan kenaikan harga minyak dunia, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri memberi jaminan, kerajaan akan terus menanggung subsidi bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos bahan api.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

“Tapi percayalah, selagi Kerajaan Madani diberi mandat memerintah, kita tidak akan naikkan harga minyak RON95!” katanya ketika berucap pada program Pengumuman Calon Dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) di Melaka, malam ini.

Menurut Anwar, usaha mengekalkan harga petrol pada RM1.99 seliter bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan kerajaan menampung tanggungan subsidi yang besar.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Beliau berkata, kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa memberi tekanan terhadap kewangan kerajaan, namun kepentingan rakyat terus menjadi pertimbangan utama pentadbirannya.

Tambah beliau, kestabilan harga bahan api tidak seharusnya dianggap berlaku secara automatik, sebaliknya ia memerlukan pengurusan ekonomi dan kewangan yang berkesan oleh pemerintah.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Ini kerana menurut beliau, kerajaan sedar rakyat memberi perhatian terhadap harga barangan, peluang pekerjaan anak-anak, mutu pendidikan serta kemudahan rawatan kesihatan.

“Ini rakyat ini di mana pun, dia fikir harga barang dia. Dia fikir pekerjaan anak-anak dia. Dia fikir mutu pendidikan sekolah. Dia fikir soal rawatan hospital bila sakit,” katanya.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Sehubungan itu, Anwar berkata, kerajaan terus memberikan perhatian terhadap keperluan berkenaan menerusi Belanjawan Negara, selain menambah peruntukan bagi program yang membantu mengurangkan kos sara hidup, termasuk Jualan Rahmah.

Menurutnya, usaha memperkukuh tatakelola dan membendung ketirisan juga membolehkan penjimatan wang kerajaan disalurkan semula untuk manfaat rakyat.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

Dalam pada itu, Anwar menyeru jentera PH supaya menerangkan dasar dan pencapaian kerajaan kepada pengundi sepanjang kempen pilihan raya di Melaka.

Beliau berkata, kesempatan itu perlu digunakan untuk menjelaskan perkara yang telah dilaksanakan serta usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan ucapan pada majlis Pengumuman Calon dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di perkarangan Stadium Hang Jebat pada 24 Oktober 2026. Foto PMO

“Kita boleh menang dengan menceritakan apa yang kita lakukan,” katanya.





No comments: