Riduan Abu Bakar
Kira² sebulan yang lalu, saya hubungi Mukhlis Mubin untuk jadi 'jurucakap' mini dokumentari 'Menjejaki Khawarij', dan beliau segera setuju, cuma katanya "kalau 18/11, saya nak konvo !", saya kata "wajib ! Kita susun".
Beberapa hari selepas itu, dalam mesyuarat Biro Politik Amanah Nasional, saya dapati nama beliau tersenarai sebagai calon , lalu saya kembali hubungi beliau "apapun kita tangguh rencana kita, lepas menang kita kira lain".
Malam tadi, dari kejauhan, saya dengar pengumuman rasmi beliau sebagai calon N01 Kuala Linggi. Semoga berjaya hendaknya !
Minggu depan, sekembali dari program menjejaki Khawari, saya akan bermukim di Kuala Linggi, InsyaAllah

No comments:
Post a Comment