PMX ARAH SIASAT SECARA TELUS.

 




Saya mengambil maklum kehadiran keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly untuk menyerahkan surat rayuan kepada saya hari ini, dan amat berdukacita atas pemergian Allahyarham serta memahami kesedihan dan keresahan keluarga yang menantikan jawapan.


Saya dijadualkan menghadiri beberapa rencana di Melaka hari ini dan telah mewakilkan pegawai saya untuk menerima surat tersebut serta mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan keluarga.


Saya juga telah berhubung dengan Ketua Polis Negara bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes ini dan menegaskan supaya siasatan dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa kompromi, serta perkembangan siasatan dimaklumkan kepada keluarga.




No comments: