STRATEGI PAS SAMA, PECAH DAN PERINTAH



 Azmin, Muhyiddin, Hamzah… giliran Mat Hassan?

STRATEGI PAS SAMA, PECAH DAN PERINTAH






Apa berlaku skg sama sahaja modus operandinya pada 2018 hingga jatuh kerajaan PH 1.0 iaitu memainkan isu perkauman, Islam terancam, kuil, Rohingya, anti Dap … hanya ulang tayang.


Sila baca dan memahami apa yg ingin disampaikan…


👇

Siapa sangka PAS sekarang dah jadi parti terbesar dalam kalangan orang Melayu.


Apa strategi PAS boleh capai tahap ini? Adakah PAS kerja keras dapatkan sokongan rakyat? Tak. Jadi apa PAS buat?


Semasa dalam Pakatan Rakyat, PAS meletakkan PKR sebagai "Abang Long". Apabila PKR jadi abang long, pemimpin PKR iaitu Anwar Ibrahim yang kena kerja keras tiap malam round satu Malaysia untuk kuatkan sokongan.


Selepas sokongan dah kuat, apa PAS buat? PAS akan pecahkan PKR.


Apa strategi PAS? PAS lagakan Presiden PKR dengan Timbalan Presiden PKR.


Apabila perlu memilih MB Selangor, PAS pilih Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sedangkan Pakatan Rakyat setuju memilih Wan Azizah (Presiden PKR).


Bila Timbalan Presiden diberi jawatan, sedangkan Presiden tak ada jawatan, automatik parti akan bergaduh. Kesannya, PKR dah tak jadi Abang Long dan Pakatan Rakyat terkubur.


PAS? Kekal kukuh.


Selepas itu, PAS bergabung dengan UMNO dan Bersatu, yang akhirnya tertubuh kerajaan tebuk atap.


PAS memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Bersatu (jawatan kedua tertinggi) berbanding Tun M iaitu Pengerusi Bersatu (jawatan tertinggi) sebagai calon Perdana Menteri.


Apabila Muhyiddin diberi tawaran, bergaduhlah Bersatu, akhirnya Mahathir dipecat daripada Bersatu. Bersatu retak.


PAS? Kekal kukuh.


Apabila perlu memilih Perdana Menteri ke-9, PAS sekali mencadangkan calon yang bukan Presiden Parti iaitu Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri walaupun ketika itu Presiden UMNO, Zahid Hamidi juga adalah Ahli Parlimen.


Apabila Naib Presiden UMNO jadi Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin bawah jadi Menteri, manakala Zahid tak ada jawatan, UMNO pun retak. Berlaku fraksi Presiden UMNO vs Perdana Menteri yang akhirnya beberapa pemimpin UMNO dipecat dan digantung seperti KJ, Hishamuddin, Shahril. UMNO berpecah.


PAS? Kekal kukuh.


Apabila berkawan dengan Bersatu dan menang 74 kerusi kerana faktor "Abah", PAS sekali lagi ulangi strategi sama.


PAS telah memilih Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang dan bukannya Presiden Bersatu, Muhyiddin. 


Apabila Timbalan Presiden ada jawatan, Presiden tak ada jawatan, keretakan akan berlaku.


Bersatu yang pada awalnya Abang Long PN akhirnya retak dan berpecah sehingga tertubuhnya Wawasan.


PAS? Kekal kukuh.


Kini, PAS ulangi perkara sama. Meletakkan parti lain sebagai "Abang Long Sementara" iaitu UMNO melalui kerjasama baharu yang bakal dibina.


UMNO perlu kerja keras dan dapatkan sokongan. Selepas cukup sokongan, percayalah, PAS akan ulangi strategi sama.


Apa strategi PAS? Akan tawarkan jawatan kepada Timbalan Presiden UMNO dan menafikan Presiden UMNO.


Menuju PRU-16, sekiranya PAS & UMNO bergabung, setelah UMNO bekerja keras berkempen, PAS akan tawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO).


Apabila ditawarkan, semestinya UMNO akan berpecah dan bergaduh. Kesannya, orang Melayu akan meluat dengan UMNO. 


PAS? Kekal kukuh.


Percayalah, Zahid. Kalau ikut sejarah, ini lah strategi PAS.


Dia akan bekerjasama dengan parti lain dan menjual imaginasi kononnya dia tak nak jadi Abang Long. Apabila gabungan dah kuat, dia akan pecahkan parti sahabat dia. Apabila parti sahabat pecah, PAS akan menjadi Abang Long di saat akhir.


Zahid, tunggu masalah sebelum PAS tawar Tok Mat sebagai calon PM.


————————————————————-//——————


PAS AKAN TENTUKAN SIAPA PRESIDEN UMNO


Pergerakan mudah dibaca… saya pernah menulis tindakan Muhyiddin meninggalkan Mahathir dan Anwar utk kerjasama dgn PAS akn memakan dirinya sendiri. 


Tak sampai 5 tahun ia berlaku. Muhyiddn jatuh secara terhina sdgkan parti Muhyiddin dan dirinya Melayu. Jadi kita hairan parti Melayu apa yg dimahukan oleh PAS?


Dari ulasan di atas anda fikir siapa bakal digunakan PAS utk jatuhkan Zahid? Ya Mat Hassan atau dikenali sebagai Tok Mat.


Anda mesti ingat setiap kali kerjasama berlaku, PAS akn semakin kuat. Tindakan UMNO memberi laluan lebih dari 10 kerusi kpd PAS hanyalah utk menguatkan PAS samada di N9 atau pusat.


Kerusi yg disedekahkan UMNO kpd PAS tidak akn kembali kpd UMNO dlm jangka masa yg pendek. 


Ia akan memerlukan puluhan tahun atau tidak kembali lagi kpd UMNO sampai bila2 sepertimana di Kelantan dan Terengganu.


Barangkali deal mereka UMNO beri 10 kerusi di N9, PAS akn beri 10 kerusi DUN di Terengganu. Bezanya mereka yg mengundi UMNO di Terengganu anytime boleh pulang kembali kpd PAS.


UMNO mesti ingat UMNO tiada syurga utk dirasuahkan. Paling tidak RM tetapi PAS cukup dgn dalil syurga ahlinya akn kembali bila mereka boleh menguasai UMNO.


Bila menguasai UMNO apa yg PAS akn lakukan? PAS akn minta kerusi PM. Ketika itu UMNO baru sedar mereka sudah mewakafkan kpd PAS utk bertapak di N9 dan Melaka.


5-10 tahun mendatang PAS akn menguasai N9, Melaka, Selangor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.


Kelebihan PAS doktrin mereka bermula dari umur 6 tahun dan selepas 55- 60 tahun. Di usia pencen masjid dan surau adalah doktrin halus yg membiakkan pengaruh PAS yg tidak ada pada mana2 parti terutamanya UMNO.


Saya jangkakan 3 nama akn diangkat oleh PAS utk memecahkan UMNO agar tunduk kpd mereka utk singkirkan Zahid.


Mat Hassan, Hishamuddin dan KJ. Nama ini dlm jangkaan akn digunakan PAS utk menjatuhkan Zahid. 


Bagaimana caranya?


Nama yg paling dkt Mat Hassan kerana dia yg sgt excited utk kerjasama dgn PAS di N9 dari analisis saya. Apatah lagi Mat Hassan adalah Tim Presiden UMNO.


PAS tentu tidak mahu Zahid kekal lama sebagai PM kerana isu rasuah 47 kesnya akn jadi liabiliti selepas dijaja oleh PAS hampir 4 tahun lamanya.


Modus operandi sama… ugut Zahid jika tidak mahu berundur PAS akn tarik sokongan atau beri sokongan kpd Tok Mat atau Hishamuddin dlm pemilihan kerusi Presiden UMNO. Sama sahaja apa dilalui Muhyiddin. 


PAS yg akan menentukan siapa yg bakal menjadi Presiden UMNO utk patuh dan mencium tangan Presiden PAS seperti dilakukan Hamzah.


Kenapa saya kata hubungan PAS dan UMNO ini tidak akan kekal???


Anda mesti ingat PAS mendakwa, ‘UMNO akan 'makan kawan' bila berkuasa.’


Zahid Hamidi pula mengingatkan ahli partinya agar tidak terlalu mempercayai PAS, mendakwa parti itu boleh mengubah pendirian dan 'tiang gol' (goal post) pada bila2 masa.


Keduanya saling mencurigai, tidak hairan akn saling khianat mengkhianati. Sebelum berkahwin lagi kedua mencurigai antara satu sama lain apatah sudah duduk serumah.


Maklumlah si isteri pernah menjadi janda selepas diceraikan. Masa itu puas dia merayu pilih dirinya atau isteri muda? Akhir si suami pilih bini muda kerana kuasa dan harta.


Tak sampai 5 tahun mantan suami ceraikan isteri muda dan memujuk jandanya utk menerimanya kembali.


Ini perkahwinan kali kedua utk ‘kuasa’ bukan atas dasar cinta tentulah keikhlasan diragui. Dudanya pula tiba2 sanggup ceraikan bini muda utk rujuk kembali mesti la ada rasa was was … yelah janda nampak lebih berharga. 


Ia sekadar analisis… kita tunggu 5-10 tahun mendatang adakah ramalan saya ini benar atau tidak.


Anwar Ibrahim tetap kerja seperti biasa. Dia tahu hubungan UMNO dan PAS tidak akn kekal lama. UMNO akn dikhianati kerana PAS sebenarnya jauh lebih kuat dari UMNO.


UMNO amalkan skim cepat kaya utk cepat berkuasa atau guna jalan pintas. Tidak ada jalan pintas utk kejayaan. Beritahu saya siapa yg berjaya atau kekal berjaya dgn menggunakan jalan pintas di dunia ini?


Anwar sudah berikan platform iaitu portfolio Kementerian Luar Bandar, Pertahanan, Pengajian Tinggi dan Mara utk UMNO bangkit sebagai kuasa Melayu dgn cara organik. 


Bukan dgn cara menumpang kekuatan PAS yg anytime boleh khianat mereka seperti parti2 sebelum ini.


Sebab itu Anwar sering ingatkan STABILITI… bila politik stabil ekonomi akan jauh lebih stabil. Tapi jika hanya utk kuasa… apa yg dilakukan skg ini akn musnah angkara perebutan kuasa sesama kita.




No comments: