Kenapa Tok Mat ke Kementerian Luar?








Apabila rombakan kabinet kali pertama berlaku, PMX mengubah posisi Tok Mat dari Menteri Pertahanan ke Menteri Luar.


Saya melihat langkah ini bagi membolehkan hubungan lebih rapat dibina antara Anwar dan Tok Mat.


PMX selalu ke luar negeri. Sepanjang perjalanan dengan pesawat, menuju ke luar negara, ia mengambil masa lama. PMX dan Tok Mat ada banyak masa untuk lebih dekat.


Kita tak dengar apa kata Tok Mat tentang PMX. 


Tapi kita boleh dengar dari ahli rombongan lain iaitu Menteri MITI. 


Lihat apa kata Tengku Zafrul, PMX kuat bekerja untuk negara, jadual padat. Tak shopping. Tak main golf. Cari masa terluang untuk joging dan baca buku sahaja. Guna masa dalam pesawat untuk berbincang dan menyemak dokumen. 


Jika Tok Mat ada sifat negarawan, beliau tentunya akan  mengiktiraf segala usaha dan kerja keras PMX. Malah PMX dan Tok Mat sama-sama bekerja keras terutamanya semasa kepengerusian ASEAN dulu. 


Tapi Tok Mat lebih bersifat assobiyah kepartian. Seperti saya tulis sebelum ni, UMNO akan semakin melemah dan hilang peluang jadi kerajaan semula jika terus bersama Kerajaan Perpaduan.


Sebab itu UMNO cari jalan untuk berkuasa, walaupun melalui tebuk atap atau mengkhianati rakan seperpaduan. Sanggup Tok Mat selaku ADUN tarik sokongan kepada Naib Presiden PKR. 


Sedangkan sebenarnya PMX beri peluang yang amat luas kepada UMNO untuk bina kekuatan dan berkongsi kuasa bersama PH dalam Kerajaan Perpaduan.


Masa bertanding dalam PRN lepas PH siap bagi satu kerusi yang mereka sandang kepada BN. Itulah setiakawan PH. 


Ingat tak Presiden Turkiye Erdogan pernah cakap pada Tok Mat, "You do not seperate from one another okay"


Sebab Erdogan dan dunia Islam sayangkan PMX dan Kerajaan Perpaduan yang wujud ni.


Jadi kalau PMX jatuh nanti, selain walaun dan ahli UMNO yang gembira, yahoodi isr@el pun akan turut gembira.


Terima kasih


Fairul al Qasas





No comments: