Saya telah menerima kunjungan Pengerusi FELDA yang baharu, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir di Putrajaya, semalam.
Dalam pertemuan tersebut saya tegaskan bahawa FELDA mesti terus diperkukuh sebagai institusi yang mengangkat martabat peneroka dan keluarga mereka.
Kebajikan setiap generasi peneroka perlu berjalan seiring dengan usaha memperkukuh daya saing ekonomi dan kelestarian FELDA, termasuk memberi perhatian kepada isu-isu yang dihadapi generasi baharu.
Saya yakin dengan amanah yang dipikul, saudara Ahmad Badri mampu meneruskan agenda pemulihan dan pengukuhan FELDA bahkan Kerajaan MADANI akan terus memberikan sokongan penuh demi memastikan institusi rakyat ini terus maju dan kekal relevan untuk generasi akan datang.
#MalaysiaMADANI�#MADANIBekerja�#YakinMADANI


No comments:
Post a Comment