Sebagai umat Islam, saya menyokong penuh pendirian saudari yang membantah kerjasama BN-PAS yang langsung tidak memberi manfaat kepada umat Islam.
Di Johor, saudari berpenat lelah berkempen di hadapan orang Cina bahawa BN tidak bekerja sama dengan PAS. Saudari berkempen ajak orang Cina undi BN untuk sekat Gelombang Hijau.
Usaha penat lelah saudari telah memberikan kejayaan gemilang kepada BN di Johor, di mana prestasi MCA sangat cemerlang, MCA berjaya menang 8 kerusi, berjaya rampas 4 kerusi DAP.
Namun hari ni, saudari dihukum hanya kerana tegas menyatakan prinsip, saudari tegas menyatakan keputusan BN-PAS tidak perna mendapat persetujuan oleh Jawatankuasa Pusat MCA, dan akhirnya saudari dihalang dari berkempen di Negeri Sembilan.
Saya yakin orang-orang Cina sangat marah dengan tindakan MCA ni. Elok-elok orang Cina mahu berubah angin undi BN, akhirnya terbantut.
Saya doakan agar urusan saudari Saw Yee Fung dipermudahkan. Sekali saya sebagai umat Islam menyokong penuh pendirian saudari bahawa kerjasama BN-PAS ini adalah sesuatu yang tidak diperlukan kerana BN mampu menang solo di Negeri Sembilan sebagaimana di negeri Johor.
Elok-elok orang Cina nak undi BN, terus tak jadi kena undi DAP sebab PAS kemaruk nak bersama BN.
PAS ni bukan sahaja pemecah-belah orang Melayu, PAS juga adalah pemecah-belah orang Cina daripada bersatu melawan DAP.
:)

No comments:
Post a Comment