JAJARAN BAHARU PENYATUAN UMMAH TURUNKAN PMX?



WOW MALAYSIA




Kalau betul apa yang sedang diperkatakan sekarang, politik Malaysia memang bakal berubah 180 darjah.


Abah Muhyiddin di singkirkan hanya kerana mahu angkat Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri ..


Dulu UMNO dengan PAS berpuluh tahun bermusuh. Bersatu pula ditubuhkan kerana menentang UMNO. Penyokong masing-masing bertikam lidah, berkempen siang malam, saling tuduh pengkhianat dan perosak negara.


Hari ini, tiba-tiba muncul pula cerita tentang satu jajaran baharu.


Zahid Hamidi disebut bakal menjadi Perdana Menteri.


Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pula dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Hamzah Zainudin pula sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua.


Kalau semua ini benar berlaku, bermakna apa yang berlaku selama ini bukan lagi soal siapa betul atau siapa salah.


Persoalannya mudah…


Adakah semua ini benar-benar demi Penyatuan Ummah, ataupun matlamat utamanya hanyalah satu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Kalau benar mereka boleh bersatu hari ini, kenapa dahulu penyokong diminta membenci antara satu sama lain?


Kalau benar mereka boleh duduk semeja sekarang, adakah segala tuduhan, cercaan dan permusuhan selama ini hanya sekadar strategi politik?


Apa pun jawapannya, rakyat sedang memerhati.


Kerana akhirnya, bukan ahli politik yang akan membuat keputusan.


Rakyatlah hakim sebenar.





No comments: