Cukuplah Anwar Ibrahim sepenggal.
Saya sebagai anak muda dah naik bosan dengan Anwar Ibrahim ni.
Macam² hal berlaku di bawah pentadbiran dia.
FDI melambung tinggi.
Nilai ringgit semakin kukuh.
Indeks rasuah menurun.
Sekarang minyak masak paket pulak berlambak sampai rakyat dah takde rasa nak berebut beli.
Bukan setakat minyak masak.
Telur, gula, tepung gandum, ayam dan daging pun sama.
Masuk musim perayaan pon masih ada stok.
Dah tak merasa lagi situasi rak kosong atau terpaksa pusing satu bandar cari barang.
Kita nak merasa balik zaman minyak susah di pasaran dan monopoli pembelian oleh warga asing macam dulu-dulu sebelum Anwar Ibrahim jadi PM.
Harga barang pulak macam dah lupa cara nak naik.
Saya rindu zaman minyak masak susah nak jumpa, barang keperluan asas cepat habis, harga bahan mentah melonjak setiap minggu dan rakyat berebut barang macam dulu.
Belum masuk lagi cerita peruntukan kepada sekolah pondok, tahfiz dan institusi Islam yang kini mencecah sekitar RM2.6 bilion.
Apakejadahnya Anwar Ibrahim ni?
Kenapa sibuk belanjakan duit negara untuk pendidikan dan pembangunan institusi agama?
Kita nak Perdana Menteri yang pandai urus kewangan negara sampai masuk akaun peribadi, akaun parti atau kroni dan nominee.
Bukannya perabis duit untuk sekolah, pondok dan tahfiz.
Cukuplah Anwar Ibrahim sepenggal.
Kita nak Malaysia kembali seperti dulu.
Kalau boleh, biarlah Malaysia menjadi maju dan hebat seperti Kelantan dan Terengganu 🤲
Copy & paste
Siapa penulis, sila muncul diri untuk saya beri kredit.
(difahamkan Tuan Aliff Jamil).

No comments:
Post a Comment