𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗖𝗘𝗧𝗨𝗦 𝗞𝗥𝗜𝗦𝗜𝗦 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡?


Ahmad Mursi


Krisis politik Negeri Sembilan bukan berlaku secara tiba-tiba.


Ia bermula apabila Tok Jalal mengetuai 14 ADUN UMNO menarik sokongan terhadap Tok Amin pada 27 April lalu.


Sebelum itu, dipercayai sudah ada rundingan dengan PN untuk membentuk kerajaan baharu. Perkara ini kemudian terdedah apabila PAS dan Bersatu bergaduh sesama sendiri.


Jadi, rakyat berhak bertanya. Betulkah ini soal prinsip dan mempertahankan adat?


Atau sebenarnya Jalal mahu mengambil alih jawatan Menteri Besar?


Kalau Tok Amin gagal, apa kegagalannya? Ada rasuah? Ada salah guna kuasa? Kerajaan negeri lumpuh? Ekonomi negeri jatuh?


Tidak ada.


Alasan yang digunakan ialah isu adat, sedangkan rakyat tidak pernah menolak kepentingan adat atau institusi diraja.


Yang rakyat marah ialah apabila krisis adat dilihat ditunggang untuk perebutan kuasa.


Masa sidang DUN, Tuanku Muhriz telah menitahkan supaya Tok Amin meneruskan tugas dan pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa walaupun timbul krisis adat.


Namun, tanpa menghormati titah itu, beberapa hari kemudian Tok Jalal mengetuai penarikan sokongan.


Maka timbullah persoalan besar. Mengapa kestabilan negeri sengaja diganggu?


PH dan BN memasuki PRN 2023 melalui persefahaman tanpa bertembung kerana menjanjikan kestabilan kepada rakyat.


Sebab itu, rakyat bagi mandat besar, iaitu 31 daripada 36 kerusi.


Tetapi belum pun mandat tamat, pihak yang menjual janji kestabilan itu sendiri memusnahkannya.


Mandat masih ada sehingga 2028. PRN ini tidak perlu berlaku. Wang rakyat tidak perlu dibazirkan. Rakyat tidak perlu dipaksa mengundi semula.


Lebih mengecewakan, UMNO bukan dipinggirkan dalam kerajaan negeri.


Tok Jalal diberi jawatan Exco Kanan. Portfolionya pula melibatkan kemajuan desa, pertanian, keterjaminan makanan dan kos sara hidup.


Itu portfolio besar.


Ketika rakyat bergelut dengan harga barang, pendapatan petani dan peluang pekerjaan, apa yang dibuat oleh Tok Jalal?


Sibuk menyelesaikan masalah rakyat atau sibuk mencatur untuk menukar Menteri Besar?


Inilah yang rakyat marah. Bukan sebab tidak menghormati adat.


Tetapi kerana mandat dikhianati, kestabilan dimusnahkan dan krisis adat dijadikan alasan untuk mengejar kuasa.


Tok Amin mungkin tidak sempurna. Tetapi apabila kestabilan tidak lagi dapat dipertahankan, beliau memilih untuk menyerahkan semula keputusan kepada rakyat.


Sekarang rakyat Negeri Sembilan perlu memilih. Mahu kerajaan yang stabil?


Atau mahu pemimpin yang sanggup menggoncang kerajaan apabila cita-cita politik mereka tidak tercapai?


Negeri Sembilan dah elok. Jangan rosakkan kerana berebut kuasa. Kita “Amin-kan” sahaja.




No comments: