Bang Mat... kali ini kita menang!"










Itulah ayat pertama yang Bang Mat dengar sebaik sahaja tiba di hadapan Dewan Majlis Daerah Jelebu bagi memberikan sokongan kepada calon HARAPAN DUN Klawang, Bakri Sawir.


Bang Mat pun terus jawab,


"Kalau nak menang, kita semua kena turun padang. Jangan tunggu esok, mula hari ini kita gerak!"


Bermula hari ini, setiap rumah perlu diziarahi, setiap pengundi perlu ditemui dan setiap fitnah perlu dijawab dengan fakta serta adab.


Di Jelebu, empat calon HARAPAN akan berentap untuk mendapatkan mandat rakyat. Insya-Allah, dengan usaha dan kerja keras seluruh pasukan, semoga kemenangan menjadi milik Pakatan Harapan.


N.01 Chennah – Anthony Loke

N.02 Pertang – Muhammad Umry

N.03 Sungai Lui – Zainal Fikri

N.04 Klawang – Bakri Sawir


Bang Mat percaya semua calon HARAPAN mempunyai kemampuan untuk menjadi wakil rakyat yang baik. Tetapi kemenangan tidak datang sendiri. Kemenangan lahir daripada usaha, pengorbanan dan kerja keras seluruh pasukan.


Insya-Allah, dengan doa, usaha dan semangat semua, kita akan bawa pulang kemenangan buat semua calon HARAPAN.


Kekal Monang!


#AMANAH

#PakatanHarapan




No comments: