Mazlan Syafie
Setakat tengah hari Khamis, 16 Julai 2026, kemelut perang antara Amerika Syarikat dengan Iran nampaknya sudah mula hilang kewarasan dan mula mengheret negara negara jiran yang pada asalnya hanya mahu duduk diam di tepi gelanggang.
Selepas tentera AS dengan angkuhnya melancarkan dua gelombang serangan baharu ke atas pusat arahan, pertahanan udara, tapak misil, pangkalan dron dan sistem pengawasan pantai Iran, Tehran tidak tunggu lama untuk membalas dendam.
Pengawal Revolusi Iran bertindak membedil aset ketenteraan Amerika yang berpangkalan secara fizikal di Kuwait, Bahrain dan Jordan menggunakan misil balistik dan dron bunuh diri.
Mereka secara terbuka mendakwa sasaran utama adalah sekumpulan anggota tentera AS serta sebuah sistem radar di Pangkalan Udara Ali Al Salem di Kuwait.
Setakat artikel ini ditulis, kita masih tak dapat mengesahkan secara bebas sama ada pangkalan AS itu benar benar musnah atau jika ada askar Amerika terbunuh akibat dakwaan dari Tehran tersebut.
Tapi apa yang pasti, pihak berkuasa Kuwait sendiri telah mengesahkan bahawa serangan itu memang benar-benar berlaku di tanah air mereka.
Tentera Kuwait mengumumkan mereka terpaksa bertindak pantas menangkis serangan misil dan dron tersebut, manakala Kementerian Pertahanan Kuwait terpaksa menelan hakikat pahit apabila sebuah kapal milik Tentera Laut mereka sendiri terkena serangan sehingga mencederakan empat orang anggota.
Di Jordan pula, pihak tentera negara itu mengesahkan terpaksa mengaktifkan sistem pertahanan udaranya untuk memintas dan memusnahkan empat misil balistik Iran yang menceroboh ruang udara mereka.
Tehran mungkin boleh berhujah bahawa sasaran sebenar mereka adalah aset tentera Amerika. Tetapi, apabila sebuah misil balistik sudah berterbangan membelah langit sebuah negara kecil, rakyat awam di bawahnya takkan sempat bertanya peluru itu sebenarnya ditujukan kepada siapa.
Diorang cuma dengar bunyi siren yang nyaring. Diorang cuma nampak sistem peluru berpandu membelah dada langit. Diorang cuma mampu berdoa dan berharap serpihan besi berapi itu tak jatuh menembusi bumbung rumah tempat anak isteri sedang tidur.
Di Bahrain, siren amaran serangan udara turut bergema dan pihak berkuasa terpaksa mengarahkan penduduk awam berlindung. Dalam masa yang sama, media Iran pula melaporkan bunyi letupan baru berkumandang di Qeshm, Bandar Abbas dan Chabahar akibat kempen serangan dari tentera AS.
Inilah sisi hodoh perang yang selalu disorokkan oleh ahli politik di belakang peta strategik dalam bilik gerakan tentera. Amerika mengebom Iran. Iran membalas dengan mengebom pangkalan Amerika.
Tetapi ironinya, pangkalan tersebut terletak di atas peta tanah berdaulat milik Kuwait, Bahrain dan Jordan. Akhirnya negara negara Arab yang pada asalnya tidak berniat untuk memulakan perang itu pula terpaksa mengaktifkan siren, menembak jatuh misil dan menghantar anggota keselamatan mereka ke wad kecemasan hospital.
Sistem pangkalan tentera AS ini selama ini dijual dengan naratif manis kononnya ia adalah sebuah polisi insurans keselamatan.
Waktu aman, kewujudan jeneral dan anggota infantri Amerika memberikan ketenangan psikologi kepada pemerintah tempatan bahawa musuh serantau akan berfikir dua kali sebelum melancarkan serangan.
Negara teluk yang populasinya kecil ini tak perlu bersusah payah membina kekuatan tentera setaraf kuasa besar kerana dilaungkan ada abang long Washington berdiri tegap di belakang mereka.
Masalahnya, setiap polisi insurans yang ditawarkan oleh Barat sentiasa datang dengan satu syarat tulisan kecil yang sangat jarang dibaca teliti.
Apabila Amerika memutuskan untuk memulakan perang, pangkalan yang kononnya menjadi perisai halimunan tadi serta merta berubah status menjadi magnet misil balistik.
Bersambung ke Siri 2: Bagaimana pangkalan ini sebenarnya membina satu perangkap geopolitik yang licik).
---
Kalau korang selalu rasa pelik kenapa dunia Islam yang ada hampir dua bilion manusia, lebih 50 negara, sumber minyak dan gas yang besar, serta laluan maritim penting macam Selat Melaka, Hormuz, Bab al-Mandab dan Terusan Suez masih nampak lemah setiap kali isu P, G, Iran, Saudi, Turki, Pakistan, Amerika dan Isbiol meletup, buku Geopolitik Dunia Islam: Peta, Konflik dan Kuasa Umat ni memang kena baca. Buku ni bukan ajar kita marah kosong atau telan teori konspirasi murah, tapi bawa kita baca peta, sejarah, minyak, sempadan, tentera, laluan dagang dan kepentingan kuasa besar dengan lebih tajam. Lepas baca, berita dunia tak lagi nampak macam kejadian rawak, tapi macam kepingan puzzle yang mula bercantum satu demi satu. Dapatkan di sini: https://s.shopee.com.my/3g18ssVBJL



No comments:
Post a Comment