1. Hari ini, 16 Julai, Haji Hadi menulis menghentam DAP kerana fahaman sekular dan membawanya ke dalam PH.
2. Kebetulan semalam, Setiausaha Agung Pemuda MCA menolak kerjasama BN–PAS kerana prinsip sekular BN dan menganggap politik agama sebagai garis merah.
3. Haji Hadi tidak pula mengkritik pegangan sekular BN ini kerana PAS kini mahu bekerjasama dengan BN.
4. Sejak Amanat Haji Hadi pada 1981, dia dah kata: “Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.” Atas hujah itulah PAS menentang BN.
5. Inilah contoh bagaimana agama tidak memimpin politik, sebaliknya dijadikan alat untuk kepentingan politik. Ini mungkar yang patut ditegah.
6. Apabila menjadi lawan politik, sekularisme dijadikan hujah akidah untuk melawan. Apabila mahu menjadi kawan, prinsip yang sama didiamkan.
7. Sebab tu, saya sangat skeptikal dari sudut kebenaran 'dalil agama' Haji Hadi berkenaan politik.
8. Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti pernah menegur golongan ‘Islamis’ seperti ini dalam khutbahnya pada tahun 2012:
9. “Adakah dahulu ada dalil yang kamu tidak tahu, kemudian baru mengetahuinya hari ini lalu kamu mengubah hukum?”
10. “Tidak. Hukum itu tetap sama, dalil itu tetap sama, tetapi kepentingan politiklah yang berubah.”
11. “Semalam sesuatu itu wajib, hari ini menjadi haram. Tiada wahyu baharu yang turun. Kepentingan politiklah yang berubah.”
No comments:
Post a Comment