Che Ibrahim.
SEJARAH BERSAMA UMNO PAS TIDAK PERNAH BERTAHAN LAMA
UMNO dan Pas ni dua parti politik melayu yang paling awal, tetapi bermusuhan dan bersengketa semenjak mula ditubohkan lagi.
Ambo memang mengharap Pas dan UMNO bersama, tapi ambo tak pernah percaya ianya boleh bertahan lama.
Tahun 1974 Pas bersama UMNO dalam BN atas nama penyatuan melayu selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sehingga Parlimen digantung. Kesannya Kelantan jadi huruhara sehingga terpaksa diisytihar darurat tahun 1977 dan Pas ditendang keluar dari BN.
Tahun 2019 Pas bersama UMNO dalam MN sehingga berlaku Langkah Shereton dengan kerjasama Bersatu dan beberapa pengkhianat dari PKR yang diketuai oleh Azmin Ali dan Zuraidah. Akhirnya negara terpaksa diisytihar darurat kerana politik yang tidak stabil dengan berselindung di sebalik COVID-19. Akhirnya MN berkubor apabila Pas memilih untuk bersama PN tahun 2022.
Katanya perkahwinan kali ini pun sekadar kahwin mut'ah mengikut tempoh yang disukai, boleh ditinggalkan bila bila masa.


No comments:
Post a Comment