ANALISIS TERKINI PRU-15:

 ANALISIS TERKINI PRU-15:


PH.                            : 118

BNUMNO.                 : 52

PN/PASBERSATU    : 12

SABAH/ SARAWAK : 38

BEBAS / GTA           : 2

                   Jumlah  : 222



1. Dimaklumkan ketika ini majoriti keseluruhan rakyat Malaysia amat meluat dengan parti UMNO susulan KES KES Mahkamah yang berkaitan isu RASUAH dikalangan pemimpin UMNO.


Namun begitu,  dimaklumkan juga ketika ini Rakyat Malaysia amat menyokong kempimpinan Perdana Menteri DSIS. 


2. Imej PERASUAH UMNO ini juga tidak memberikan kelebihan buat Parti PAS kerana kegagalan Menteri PAS dan Pemimpin tertinggi PAS menunaikan janji janji Parti PAS seperti RUU 355, Isu Air Bersih Kelantan, Tawaran Percuma PTPTN dan lain lain janji PAS sebelum PAS menjadi sebahagian daripada Kerajaan Pusat akibat perolehi rezeki mengolek.


3. Bagi Parti BERSATU pula ia seumpama Parti Semangat 46, dimana kenyataan akhirnya ia terpaksa pulang ke Parti yang Dominan seperti BN/ UMNO atau dibubarkan demi legasi politik beberapa pemimpin Bersatu yang asal seperti di Parlimen Pagoh. Jika Formula kerusi lompat diberikan semula kepada UMNO maka situasi menang menang akan tercapai.


4. Beberapa Pimpinan Parti Bersatu seperti Jeli, Tanah Merah & Larut sedang menunggu kes Presiden Umno disabitkan kesalahan untuk kembali semula menyertai Umno.


5. Manakala bagi Parti gabungan Gerakan Tanah Air  ( GTA ) -  PEJUANG, PUTRA, BERJASA & IMAN tidak akan memberikan manfaat  atau kesan langsung kepada pengundi Melayu dan kepada Negara Malaysia. GTA akan bertindak sebagai pemecah undi dikalangan pengundi Melayu sahaja.


6. Bagi Parti MUDA pula, ia akan mendapat sokongan daripada pengundi muda yang berumur 18 tahun sehingga 30tahun sahaja. Model dan Visi Parti MUDA perlu dijelaskan namun MUDA terlalu bergantung kepada PH.


7. PH-DAP pula akan terus mengekalkan kerusi kerusi dominan dikawasan bandar bandar utama di seluruh Malaysia. 


8. PH-Amanah kemungkinan besar akan merosot sedikit kerusi yang akan dimenangi akibat Visi serta Dasar Parti yang tidak jelas dan tiada faktor WOW.

Namun Begitu kemungkinan besar PH Amanah akan mendapat satu atau dua kerusi  diKelantan & Terengganu.


9. Jika Tengku Razaleigh ( Ku Li )  dijadikan Poster Boy sebagai MB Kelantan daripada UMNO,  KERAJAAN PAS Kelantan akan tumbang diKelantan yang gagal ditawan oleh TunM semasa didalam UMNO.


Cuma Ku Li perlu bijak mempromosikan tubuh badan beliau yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Keewangan Malaysia paling berjaya diera tahun 80an - Melebihi Singapura dan antara pempimpin UMNO paling kanan dalam hirarki Keraajaan Malaysia / UMNO . Umpama diiibaratkan Dunia Dengan Durian Antara Ku Li dan Tun M.


Bagi Golongan Pengundi Muda hari ini jika diviralkan latarbelakang KU Li, sudah pasti pengundi golongan muda negara akan membuka mata ketokohan yang ada pada Tengku Razaleigh. Selayaknya Ku Li sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU -15 nanti. Pasti Kelantan akan kembali Gemilang setelah 30 tahun suram dibawah Kerajaan PAS.


10. PH - PKR pula setelah Rafizi bersama DSAI, serta disusuli faktor Nurul Izah yang akan mula  memasuki kancah medan Perang kemungkinan besar Rakyat Malaysia termasuk majoriti pengundi diatas pagar akan kembali memberikan sokongan yang memberangsangkan kepada PH-PKR.


Kenapa ?


Ini kerana semasa pemerintahan PH,  rakyat Malaysia mengetahui siapa yang memegang tampuk Pemerintahan PH iaitu Tun M @ ATUK sebagai Perdana Menteri.  Lagipun DSAI tidak diberikan sebarang jawatan didalam kerajaan PH. 


Bagi Rakyat Malaysia kesalahan ATUK semasa menjadi PM ke-7 adalah tidak menghormati janji politik kepada rakyat dan janji untuk memberikan kuasa pemerintahan Perdana Menteri kepada DSAI seperti diJanjikan. 


11. Susulan daripada tindakan Tun M diatas prinsip " nothing to lose ' asalkan bukan DSAI sebagai PM itulah negara Malaysia sehingga kini berada didalam keadaan yang tidak stabil daripada segi politik semasa dan ekonomi. 


Kuasa Rakyat Malaysia sebelumnya yang begitu cukup bersemangat tinggi diseluruh dunia yang telah menumbangkan kuasa UMNO akibat Imej RASUAH 1MDB akhirnya digagalkan pula oleh Pengasas UMNO ( Baru ) sendiri. 


12. Jika dilihat kesemua janji manifesto PH selama 22 tahun - sebanyak 90% dapat ditunaikan oleh kerajaan PH berbanding janji kerajaan UMNO/ PAS selama 60 tahun UMNO atau 30 tahun PAS memerintah Malaysia atau Kelantan.


13. Dimaklumkan juga akibat kuatnya Dasar Melayu Islam yang dimainkan oleh UMNO/PAS,  Menteri Keewangan daripada DAP sendiri ingin meletakkan jawatan sebagai Menteri MOF tapi tidak dibenarkan oleh TunM. 


Sedangkan TunM sendiri boleh sahaja merombak barisan kabinet dengan Menteri DAP diberikan jawatan Menteri JKR atau Menteri Kesihatan sepertimana legasi UMNO amalkan sebelumya melalui MCA/MIC seperti dizaman TunM semasa menjawat PM ke-4.


Jika faktor keselamtan dan momentum  Melatu Isle diambil kira oleh TunM.


14. Jika tindakan Presiden UMNO memecat DSIS sebagai ahli UMNO atau undi tidak percaya diatas desakan survival Presiden UMNO sendiri, maka gelombang simpati majoriti rakyat Malaysia akan berpihak kepada DSIS.  Ini kerana DSIS dilihat sebagai pimpinan Umno dan Perdana Menteri yang ingin membersihkan parti Umno daripada IMEJ RASUAH. Kesannya akan menyebabkan UMNO semakin ditolak pengundi.


15. Mengikut bancian dan makluman majoriti rakyat Malaysia amat menyokong keputusan ketiga tiga Mahkamah Malaysia memenjarakan Mantan Perdana Menteri ke-6 diatas isu RASUAH. 


Apa sudah jadi dengan tagline " Malu Apa BOSSKU "???


16. Jika diberikan Pengampunan Diraja, dikhuatiri Imej "Raja Sebagai Simbol Memayungi Rakyat" akan tercalar dan akan menyebabkan sebagai titik tolak pihak Istana akan dihina oleh kebangkitan Rakyat Jelata sepertimana terjadi kepada sebuah negeri sebelum PRU-14. Namun susulan,  Titah ucapan YDPA baru baru ini supaya "prinsip keadilan Mahkamah tanpa pilih kasih tanpa mengira sesiapa sahaja mengikut keadilan Islam " maka pembebasan atau Pengampunan Diraja bagi mantan PM ke-6 amatlah mustahil sama sekali buat masa terdekat ini.


17. Bagi parti parti King Maker yang berada di Sarawak dan Sabah, mereka juga akan mengikuti rentak tarian di Semenanjung Malaysia....itu kebenarannya, walaupun isu perjanjian Malaysia 1963 dimainkan.


18.  Diramalkan keputusan Pru-15 akan bergantung kepada beberapa faktor :


A.  Berpihak kepada PKR dengan undi majoriti minima jika beberapa visi dan kemana arah tujuan negara dapat dijelaskan kepada Rakyat Jelata sebaik mungkin dengan mengambil kira rakyat Malaysia ingin memberikan peluang kepada DSAI menerajui Negara Malaysia dan menkagumi seluruh Dunia, termasuk negara Islam diatas kebolehan DSAI sendiri.


B.  Gabungan antara parti PH & Umno,  pemerintah kerajaan Malaysia sebagai permulaan kepada sistem 2 parti pertama di Malaysia selari diamalkan oleh negara maju di Dunia pada hari ini.


Ini dapat dilakukan jika UMNO tetap bertegas dengan menghukum dan memerangi RASUAH maka rakyat jelata akan kembali memilih UMNO.


C. Polimik ahli parlimen melompat parti demi Isi Perut sepertimana terjadi diera Pru14 tidak akan kembali menghantui rakyat setelah RUU Lompat Parti telah pun diluluskan dengan majoriti 2 pertiga ahli di Dewan Rakyat.


TINTA MERAH

Tanggal Jumaat  9 Ogos 2022 - Putrajaya.



No comments: