BAB EKONOMI- PERNIAGAAN DARI SEKECIL BARANG SAMPAI SEBESAR BARANG JANGAN LA KELENTONG BANGSA CINA NI. HATTA BAB JUDI PUN DEPA PANDAI TURUNKAN DARI 22 KALI KE 9 KALI. JADI KALAU LEBAI NAK PERLI CINA DAP TU..LIHAT DULU PARTI KAMU BOLEH BUAT APA?JIHAD APA BENDA LA HAI...

 


‘Tak berkesan, tak relevan’, bubar sahaja pasukan tangani inflasi, gesa Guan Eng selepas OPR naik




Lim Guan Eng menyifatkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa sebagai ‘tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan’.

PETALING JAYA: Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa perdana menteri membubarkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi diketuai Annuar Musa, yang disifatkannya sebagai “tidak berkesan, tidak cekap dan tidak relevan” selepas kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi.

Memetik kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) bahawa kenaikan OPR disebabkan tekanan inflasi, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, perkara ini pada dasarnya menafikan dakwaan Annuar bahawa inflasi dalam keadaan terkawal.

“Inflasi dilihat oleh BNM sebagai masih cukup serius untuk mewajarkan kenaikan OPR walaupun terdapat risiko yang wujud dalam mengorbankan pertumbuhan ekonomi dan usaha pemulihan Covid-19 bagi separuh kedua tahun ini dan meningkatkan kos pinjaman untuk individu dan perniagaan.

“BNM secara tidak langsung mengetepikan usaha anti-inflasi Annuar sebagai tidak memberi sebarang kesan dengan indeks harga pengguna meningkat sebanyak 4.4% pada Julai berbanding 3.4% pada Jun 2022, bulan pertama Annuar dilantik sebagai pengerusi (pasukan khas itu).

“Memandangkan BNM kini bergantung kepada pendekatan monetari dengan menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi, maka tidak ada keperluan dan kepentingan untuk mengekalkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi,” katanya dalam kenyataan.

Lim, yang juga bekas menteri kewangan, berkata pasukan petugas itu hanya akan mempunyai peranan jika Ismail Sabri Yaakob sendiri mempengerusikannya.

Annuar, yang juga menteri komunikasi dan multimedia, mempengerusikan pasukan khas yang turut dianggotai Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed, dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Semalam, BNM menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.50%, kenaikan kadar kali ketiga berturut-turut dibuat bank pusat itu.

Walaupun keadaan rantaian bekalan global semakin baik, BNM berkata, tekanan inflasi kekal tinggi disebabkan oleh harga komoditi yang meningkat dan pasaran buruh yang genting.

No comments: