WOIIII BHAI...MANA KAU TAHU PARTI KAU DIAMBANG KEMENANGAN- BERSERABUT LA BHAI PARTI KAU...NAK BODEK AMBIK JADI CALON KOT ..KAH..KAH

 

Umno perlu bersatu ketika parti di ambang kemenangan, kata Shahril




Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan berkata, pendedahan
 yang dibuat Tajuddin akan menjadi peluru untuk lawan terus
 menyerang Umno mengakibatkan naratif lawan menjadi mudah.

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan menyeru semua pemimpin dan ahli Umno supaya kembali bersatu di saat parti itu di ambang kemenangan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau membuat seruan itu selepas pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berhubung akuan berkanun (SD) Umno menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri mengundang pelbagai spekulasi berhubung masalah dalaman parti.

“Parti ini parti yang sepatutnya di ambang kemenangan. Takkanlah kita nak mengundang kekalahan dengan perpecahan. Pilih kesepakatan. Pilih kestabilan,” katanya dalam kenyataan.

Shahril berkata, pendedahan yang dibuat Tajuddin tentu akan mengembirakan pihak lawan politik Umno apabila masalah dalaman didedah kepada umum.

Katanya, segala dakwaan itu akan menjadi peluru untuk lawan terus menyerang Umno mengakibatkan naratif lawan menjadi mudah.

“Semua pihak perlu menghormati apa yang diputuskan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam menerajui parti serta memberi ruang kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menguruskan kerajaan.

“Satu hari ada pihak kata perdana menteri lemah, sedangkan beliau sedang sibuk sehabis baik mengurus negara dalam keadaan ekonomi dan politik cukup mencabar.

“Hari lain pula ada pihak kata presiden liabiliti dan lemah juga, sedangkan lemah macam mana kalau sudah memimpin kejayaan 7-0 dalam pilihan raya?,” katanya.

Shahril berkata, pelbagai spekulasi yang timbul mengenai akan ada yang akan bakal dipecat, menyerang presiden, malah menggerakkan tentera siber Umno untuk menyerang orang Umno hanya akan mengakibatkan ahli keliru.

Terdahulu Tajuddin yang juga bekas ahli MKT pada sidang medianya hari ini mendakwa beliau saksi Umno menghantar SD menyokong Anwar sebagai perdana menteri kepada Agong.

Beliau turut mendakwa bahawa sebelum ini hampir 130 ketua bahagian Umno mahu presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi berundur.

Tajuddin juga mendesak Zahid menyerahkan tampuk kepimpinan parti kepada Ismail Sabri Yaakob apabila mendakwa presidennya itu tidak mampu menjaga Umno ketika berdepan kes mahkamah.


No comments: