Bukan Main Kaya En Haffiz Salor?
1. Dulu-dulu, saya ada dengar cerita En Hafiz Salor sangat kaya.
Tapi saya tak ambil kisah, selagi mana dia dapat kekayaan itu dengan jalan sah.
Tak rosakkan harta Negeri, apa salahnya kaya.
Bila terbaca kenyataan beliau pagi ini seperti disiarkan oleh
Malaysiakini, ia menimbulkan tanda tanya bagai mana dia boleh menjadi kaya.
Kenyataan beliau berbunyi :
'Antaranya plaintif tidak boleh menjalankan tanggungjawab
kontrak yang berjumlah lebih RM1.8 juta dan mengalami kerugian atau kehilangan
pendapatan berjumlah RM 40 juta serta kos-kos berbangkit.
Mohd Hafiz, 38, berkata pihaknya mendapat kelulusan kontrak
daripada Daulah Najah Sdn Bhd iaitu projek mengeluarkan saki-baki kayu di dalam
projek penempatan semula Orang Asli bagi pembinaan hidroelektrik Nenggiri.
Menurutnya kelulusan kepadanya itu adalah bukan projek
pembalakan sebaliknya untuk mengeluarkan saki-baki kayu dan pembinaan semula
penempatan Orang Asli'.
2. Se akan En Haffiz memberitahu kita, selain menjadi kontraktor
pembalakan bagi pihak Daulah Najah Sdn Bhd, beliau juga mendapat kontrak '
tanggungjawab kontrak yang berjumlah lebih RM1.8 juta'.
Adakah berkaitan dengan pembinaan penempatan baru Orang Asli di
atas tanah di mana balak dibersihkan itu? Seperti ada bayangan dalam para
ketiga petikan di atas : 'dan pembinaan semula penempatan Orang Asli'
Jadi, En Haffiz dapat hak tebang balak. Lepas tu dapat hak
bangunkan penempatan Orang Asli yg nilainya berharga RM 1.8 juta?
Kalau benar, memang
hebat
. Dan luar biasa. Apa kunci rahsia itu semua?
3. Selain kehilangan pendapatan RM 1.8 juta, beliau juga ada
menyebut kehilangan pendapatan sebanyak RM 40 juta!
Banyak tu!
Kenapa boleh hilang RM 40 juta tu?
Kan lesen membalak di konsessi Daulah Najah tu dah tamat pada 17
Mei 2022?
Maknanya balak dah habis dikeluarkan. Lesen dah tamat.
Apa kena mengena kerugian RM 40 juta itu dengan tulisan saya
yang disiarkan seperti dirujuk dalam saman itu pada 3 dan 6 Jun 2022? Iaitu
selepas lesen dah tamat.
Kalau ia bersabit dengan saki balak yang belum dikeluarkan dan
nilainya sampai RM 40 juta, tak tahu lah kita berapa pendapatan En Hafiz dari
kayu balak yg telah berjaya dikeluarkan sebelum itu dari situ.
4. Atau ada kemungkinan kerana En Hafiz tidak lagi membalak di
Blok B iaitu PT7785 seluas 587.3 hektar atau 1,450 ekar?
Kalau benar, faham lah kita sifir kekayaan kayu balak di situ.
1,450 ekar nilainya RM 40 juta bahagian En Hafiz.
Jadi, untuk 720 ekar bagi Blok A yang telah dibalak, boleh lah
kita kata sekitar RM 20 juta En Hafiz dah dapat.
Lumayan tu. Banyak benar balak di situ!
Bocor satu lagi rahsia, ha ha.
5. Sebelum ini saya belum dedahkan kedudukan Daulah Najah juga
diluluskan membalak di Blok B.
Yang sudah membalak disebut sebagai Blok A dengan PT 7784 (Blok
A). Luasnya separuh dari luas Blok B saja.
Blok B atau PT7785 lagi luas, 1,450 ekar. Sekali ganda lebih
luas dari Blok A.
Daulah Najah memang najah! DAPAT KAWASAN BALAK SELUAS 2,170 EKAR
SEMUA SEKALI!
Dulu saya tak dedahkan, kerana nak fokus pada yang dah dibalak
saja.
Memandang En Hafiz rasa terkilan dia mungkin terlepas membalak
Blok B, maka saya maklumkan hal ini pada posting ini.
Kedua-dua Blok ini memakai Al Dar Resources sebagai kontraktor.
6. En Hafiz jangan bimbang.
Kalau tak terlibat dengan apa-apa kesalahan, macam mana pula
hilang peluang membalak?
Kerja larang membalak hanya kuasa Jabatan Hutan. Bukan saya.
Kenapa salahkan saya pula kalau tuan memang tak bersalah.
Tak ada sebab Jabatan Hutan larang tuan membalak. kalau tuan tak
ada buat salah.
kalau ada buat salah, memang kena dilarang la.
7. 'Saya menegaskan dakwaan yang menyatakan saya dikatakan
(terlibat dengan) pembalakan itu tidak benar. Saya mengeluarkan semua kayu bagi
memudahkan pemilik projek menjalankan kerja-kerja mereka' - petikan kata-kata
En Hafiz.
Apa beza keluarkan saki baki kayu dengan pembalakan? Itu pun nak
pusing-pusing?
Keluarkan saki baki kayu sama saja dengan pembalakan.
DI BAWAH AKTA PERHUTANAN NEGARA 1984, TIDAK ADA ISTILAH
KELUARKAN SAKI BAKI KAYU.
Yang ada hanyalah istilah LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN.
Untuk mengambil hasil hutan, permohonan lesen adalah melalui
Borang 1. Borang ini bertajuk : LESEN MENGAMBIL HASIL HUTAN. Ditambah satu lagi
lesen. Lesen pindah hasil hutan.
Kata mudah adalah : Membalak. Habis cerita.
Saki baki kayu tu bukan balak?
Berapa jumlah saki baki bagi Hutan Simpan Kekal dara atau separa
dara yg beliau dah keluarkan itu?
Boleh En Haffiz bagi tahu Rakyat Kelantan? Supaya semua rakyat
boleh tahu kaya atau miskin hutan yang dikatakan saki baki itu? RM 20 juta
bahagian En Hafiz saja?
8. Saya juga teringat satu berita lama dulu.
Ada se orang yg bernama sama dengan En Hafiz yang menghadapi
pertuduhan di Mahkamah Sesyen, Melaka pada 8 September 2017.
Atas 11 pertuduhan berkaitan kes penipuan pajakan tanah di
Kelantan berjumlah RM1,902,800.
Saya berharap En Haffiz yang dihadapkan di Mahkamah di Melaka
itu tidak sama dengan En Hafiz Salor.
Saya ada menghubungi peguam mangsa untuk mengesahkan kesudahan
pendakwaan ini. Untuk kali ini, tidak perlulah kita kongsikan kisahnya.
Andai kata insan yg didakwa kerana kesalahan jenayah di Melaka
itu adalah orang yg sama, menjadi kemusykilan bagai mana Kerajaan Negeri,
agensinya dan pemimpin utama Kerajaan Negeri masih berurusan dengan beliau.
9. 'If the truth shall kill them, let them die!' - kata-kata
Immanuel Kant.
Husam Musa
27 Jun 2022