ATOK PUN PUNCA JUGA- ATOK PUNCA BENDA INI BERLAKU KERANA TIDAK MAHU MELEPASKAN JAWATAN KEPADA ANWAR. KALAU IANYA BERJALAN TERATUR , NEGARA INI PUN AKAN BERJALAN ERATUT

 

Kerja mereka tukar PM, bukannya nak tadbir negara, kata Dr M




Dr Mahathir Mohamad berkata, pendedahan Tajuddin Abdul Rahman
 berhubung gesaan menandatangani akuan bersumpah menunjukkan
 ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

PETALING JAYA: Tanpa menamakan mana-mana parti politik, bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad membidas pakatan yang cuba menukar perdana menteri, bukannya hendak mentadbir negara.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman semalam yang mendakwa beliau adalah saksi bahawa Umno menghantar akuan berkanun (SD) menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri kepada Agong.

Mahathir berkata, pendedahan Tajuddin berhubung gesaan menandatangani SD itu menunjukkan ada banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan rakyat.

“Ada pakatan usaha untuk adakan seorang perdana menteri baharu, jadi mereka main isu tukar perdana menteri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Itulah kerja mereka…bukan hendak mentadbir negara,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Semalam, Tajuddin mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengetuai gerakan menandatangani SD dalam kalangan Ahli Parlimen Umno untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu Zahid berundur sebelum ini dan presiden Umno itu tidak berpuas hati dengan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri kerana tidak diberi ruang untuk menggalas jawatan itu.

No comments: