MANTELITI YANG MEROSAKKAN MACAI TURUN TEMURUN


Inilah mentaliti yang merosakkan UMNO. Kata Ahmad Maslan, dalam perjuangan, yang penting adalah hasil. Jika dinilai dari tweet Ahmad Maslan ini, maka dapat kita simpulkan yang perjuangan UMNO selama ini bukan nasib orang Melayu tetapi hanyalah kuasa.

Kalau setakat nak memperjuangkan kuasa, maka tidak ada masalah kalau gadai sifat Melayu yang sentiasa terikat kepada akhlak Islam. Boleh rasuah, boleh mencuri, boleh khianat, asalkan dapat kuasa, semuanya halal dibuat.

Parti Keadilan dan PH memperjuangan keadilan dan nasib rakyat. Sanggup tak menang asalkan prinsip mempertahankan keadilan dan hak rakyat tidak digadai. Itu baru boleh dinamakan perjuangan. Tapi kalau matlamatnya kuasa, maka apa yang sucinya perjuangan UMNO?

Cuba lihat yang disenaraikan di bawah ini. Ada disebut tentang nasib orang Melayu? Apatah lagi Islam. Ada? Tak ada langsung. Semuanya cerita kuasa. Bila dapat kuasa, mereka rebut jawatan dan harta. Ahli dan penyokong dapat apa?

Sebab itu sekian lama UMNO memerintah, orang Melayu masih di takuk lama. Masih miskin. Masih ramai merempat. Kepentingan negara tergadai. Dana negara licin dirompak. Sebab mereka hanya mahu kuasa untuk kepentingan diri. Dah jelas dah. Masih mahu sokong UMNO? Gila? Guane boh?

Raja Gelap