NORMAN RADZUAN
Mat Kilau
hebat sebagai ‘action movie’
TERBAIK
TAPI TAK SAMPAI
Sebelum
kalian membaca review aku mengenai filem Mat Kilau… aku nak pesan jgn emo. Kita
rambut sama hitam tapi citarasa berbeza jadi terpulang kpd kalian hendak
mengkritik atau memuji cara kalian… your wall. Begitu juga di wall aku… aku nak
tulis apa yg aku rasa.
Ada org
pergi ke panggung sekadar hiburan, ada org utk cari kepuasan, ada org ingin
melihat kerja seni, ada org ingin melihat aktor pujaan, ada org ingin melihat
movement camera… masing2 ada niat tersendiri yg dia akn beri komen dari
perspektif sendiri.
Jadi jgn
marah bila aku memuji atau mengkritik. Aku tak kata jgn tonton Mat Kilau, aku
just nak share pandangan aku dari sudut yg berbeza. Rasa tak berkenan just
scroll.
Aku
segera terpengaruh menonton filem ini kerana kuasa media sosial yg memprovok
aku. Bila pujian melambung my expectation mengenai filem ini tentulah tinggi
apatah jualan tiketnya 1 hari 1 juta…wow.
Jadi aku
pun pergi seorang diri sb bila aku ingin menonton filem yg aku anggap mempunyai
nilai seni dan sejarah yg tinggi… aku tidak akn bawa isteri, anak atau bersama
kawan.
Sb aku
nak fokus sepertimana aku menonton filem English Patient, The Godfather, Green
Mile dan lain2. Aku mengalir air mata tonton English Patient hanya kerana
kenangkan bagaimana penderitaan kedua pasangan kekasih ini. Filem berat dan
panjang tapi sgt terkesan sehingga hilang mood aku nak berborak dgn kawan2
selepas keluar panggung.
Berbalik
kpd filem Mat Kilau aku ke panggung bukan fokus utk menonton action movie
sepertimana aku membeli tiket menonton filem Avengers. Mindset aku… aku nak
tonton filem yg ada nilai sejarah dan filem yg buat aku menangis kerana
semangat patriotit.
Aku
cerita dahulu yg positif mengenai filem ini. Bagi aku ia sebuah filem action
movie yg menarik. Aku suka lakonan Adi Putra dan Beto dan ia adalah pilihan yg
sgt tepat oleh Syamsul. Aku suka scene Mat Kilau muncul di jeti… fuhh stylo.
Cuma
watak isteri Mat Kilau ini mcm ambil pelakon yg tak berbakat… aku tak touching
langsung bila dia mengucapkan sayonara kpd suaminya Mat Kilau. Mcm tak perlu
wujud scene tu pun tak apa sb tak memberi apa2 kesan emosi. Jauh sedih watak
Shah Rukh Khan bye2 Kajol dan Preity Zinta di Railway Station.
Ada juga
diselitkan dialog lucu bila ‘Mat Salih’ (Kapten Syers) beritahu kpd pemimpin2
Melayu, ‘org Melayu lemah kerana berpecah belah sebab itu mudah dijajah….’ Heee
mana ada musuh akan beritahu kelemahan lawannya Bab
ini aku ketawa sinis bila dgr dialog ini. Patut Mat Kilau yg berkata demikian.
Aku lihat
di Tik Tok ada wajah selebriti mengalirkan air mata menonton filem ini. Lalu
aku yg jenis mudah mengalirkan air mata bila menonton movie…sepanjang movie ini
mencari scene yg mana boleh buat air mata ku berguguran.
Yg paling
tersentuh aku rasa scene isteri Wahid (Beto) lakonan Zarina Zanoordin dibunuh
tapi tak sesedih sepertimana aku menonton Bukit Kepong. Bukit Kepong aku
mengalirkan air mata terkenang semangat keseluruhan anggota polis yg bermatian
melawan komunis.
Aku
mencari sebuah filem biografi epik yg aku akn mengalirkan air mata kerana
perjuangan. Bagi aku penggunaan nama Mat Kilau itu yg membuatkan my expectation
tinggi kpd filem ini utk membangkitkan semangat patriotik ku.
Jika ia
menggunakan nama ‘Mat Kepit Dari Gua Hantu’ atau ‘Pahlawan Melayu Terakhir’
tanpa dikaitkan dgn nama superhero Melayu (Mat Kilau ) aku akn mengatakan ia
sebuah action movie yg menarik.
Jadi aku
tidak peduli tentang plot, fakta dan wataknya dan menganggap ia hanya sebuah
filem adaptasi. Tapi bila nama Mat Kilau digunakan ia menjadi sebaliknya. Utk
org lain ok utk aku tak berapa sampai.
Semalam
aku katakan aku kecewa dan tak dpt apa yg aku cari. Semalam yg aku jumpa sebuah
action movie yg bagus tapi bukan sebuah filem Mat Kilau yg aku impikan.
Hampir
separuh dari filem menyaksikan aksi pertarungan. Jika aku akn tambah 15 minit
lagi utk beri penekanan kpd watak Mat Kilau itu sendiri sepertimana filem
adaptasi Hang Tuah. Character development Mat Kilau itu patut dilebihkan sesuai
dgn judul filem.
Filem
Hang Tuah P. Ramlee tidak byk fighting tapi dialog byk digunakan hingga kita
berasa sayu, sedih dan bangkit semangat patriotik.
Scene
Hang Tuah dihukum bunuh, Hang Jebat dibunuh, penyesalan Hang Tuah membunuh Hang
Jebat sgt terkesan. Begitu juga Hang Jebat versi Nordin Ahmad tidak byk
fighting tapi skripnya sampai skg kita boleh ingat selain lakonannya yg sgt
berkesan.
Jika
dikurangkan aksi fighting itu lebih baik sb Adi Putra dan Beto mampu menggalas
lakonan yg mempunyai dialog2 yg menarik. Jika ada rakan2 yg akn menonton boleh
recordkan berapa lama keseluruhan aksi bersilat/berlawan yg ditonjolkan
sepanjang filem ini.
Bagi aku
too much. Cukup masa opening scene, di pertengahan sedikit dan last scene bagi
habis. Aku ok je dgn aksi fighting ini tapi bila terlalu kerap bosan pula… sb
kita tahu Mat Kilau tak mati di tangan Inggeris so berguling, melompat,
ditembak sekalipun Mat Kilau tak akan mati so suspen tu tak ada.
Skrip
juga jika ada sequel fokuskan kpd diolog menarik atau menyentuh perasaan utk
membangkitkan semangat patriotik.
Ok cukuplah… seperti aku
katakan ia sebuah filem yg baik utk sebuah action movie yg mempunyai nilai2
komersial. Utk aku secara peribadi aku tak dpt sepenuhnya apa yg aku cari
paling kurang seperti Bukit Kepong. Ini perspektif aku mengenai filem ini…sb
aku mencari lain dari org lain cari.