Mahathir, Muhyiddin, Hadi & Anwar sudah ditipu…
Najib & Zahid selangkah lagi ke penjara atau bertakhta?
TAJUDDIN SAHKAN ANWAR TIDAK BERBOHONG
Tajuddin Rahman dan Nazri Aziz sahkan Anwar tidak berbohong.
Sindiran pemimpin2 parti dari BN, PN dan PH sendiri dgn permainkan hujah Anwar
'strong, formidable, convincing' majority to form government’ , terbukti
semalam ia bukan omong kosong.
Anwar seorang yg amanah dan boleh dipercayai. Walaupun difitnah,
disindir dan diprovok begitu lama yg kononnya beliau menipu ‘I've got the
numbers’… semalam kebenaran itu dibuktikan oleh musuh politiknya sendiri. Musuh
yg mengakui dirinya sebagai ‘living witness’.
Anwar hampir 8 bulan tetap merahsiakan SD yg ada ditangannya
demi menjaga nama baik MP2 yg menyokongnya… itulah Anwar pemimpin yg boleh
dipercayai oleh musuh dan kawan.
Anwar tidak perlu membocorkan rahsia tetapi rahsia itu
dibocorkan sendiri oleh pemimpin2 UMNO. Sekarang siapa yg menipu… yg berkata
‘I've got the numbers’ atau yg berkata, “ No Dap, No Anwar, No Bersatu’?
Betul kata Tajuddin, Zahid menipu ahli2 bawahan UMNO kononnya
menolak kerjasama dgn Anwar atau DAP. Sdgkan demi survival politik peribadi dia
menggunakan parti atas kapasitinya sebagai Presiden.
Najib dan Zahid permainan mereka sgt licik. Bila melihat UMNO
sgt lemah mereka berpura pura berbaik dgn Hadi Awang. Kononnya atas nama Melayu
dan Islam. Bergabunglah mereka atas nama Muafakat Nasional… menyanyilah
pemimpin PAS lagu UMNO di PWTC.
Namun Najid dan Zahid tahu mereka tidak boleh tunggu 5 tahun
kerana kes mereka sdg rancak berjalan. Kerjasama dgn PAS sahaja tidak mampu
mengubah apa2 kes mereka berdua.
Bila melihat Mahathir membuka ruang utk mengelakkan Anwar
menjadi PM… mereka cepat2 ambil kesempatan menghulurkan tangan utk menjayakan
misi tersebut. Maka terpedaya PM paling tua dlm dunia itu…Mahathir tidak
nyanyuk tetapi mengkhianati rakyat yg mengundi PH.
Berbincanglah mereka bagaimana utk jatuhkan PH. Mereka gunakan
slogan ‘Demi Melayu dan Agama’ utk menghalalkan cara. Last minute Mahathir
tertipu Muhyiddin naik.
Najib dan Zahid berpura pura pula menyokong Muhyiddin walaupun
terpaksa bernaung di bawah Pakatan Nasional. Najib dan Zahid tahu Muhyiddin
tidak akn membantu mereka. Lalu Muhyiddin mesti dijatuhkan…bagaimana caranya?
Mereka gunakan Anwar Ibrahim. Mereka yakinkan Anwar dgn buktikan
kesungguhan mengumpulkan SD di kalangan MP UMNO. Akhirnya Muhyiddin tumbang
hasil kerjasama PH dan UMNO tetapi mereka menipu Anwar. Bila kerajaan jatuh
mereka memilih Ismail Sabri sebagai PM.
Bagi Najib dan Zahid, Ismail hanyalah ‘puppet’ mereka yg boleh
dipergunakan. Ismail adalah step terakhir misi mereka daripada mereka (UMNO)
menjadi pembangkang, kemudian berkerjasama menjadi kerajaan dan akhirnya
menjadi kerajaan tanpa pilihanraya.
Ia satu modus operandi yg sgt licik dan bijak. Hadi Awang,
Mahathir, Muhyiddin, Anwar boleh ditipu mereka. Ismail pula adalah step mereka
yg terakhir atau selangkah lagi utk kembali berkuasa.
Sebenarnya Najib dan Zahid terkejut jika Hadi, Mahathir,
Muhyiddin dan Anwar begitu mudah bisa mereka perdayakan… Ismail yg sekadar Naib
Presiden tentulah mudah mereka arahkan.
Ibarat filem 3 Abdul…”Abdul Wahab dan Abdul Wahid begitu pandai
kita boleh jual… ini Abdul Wahub budak mentah..”
Rupanya apa dirancang tidak berlaku… modus operandi Zahid dan
Najib sama seperti apa yg dilakukan kpd Anwar. Bubar Parlimen selepas itu
Ismail akn kembali menjadi PM
Kalau Ismail percaya janji2 Zahid…Ismail adalah PM yg paling
singkat dan bodoh. Mempercayai Zahid dan Najib umpama mempercayai Firaun akn
bertaubat. Terpulang kepada kebijaksanaan Ismail bermain politik.
Kes akhir Najib khabarnya 2 bulan lagi dan kes Zahid juga tidak
berapa lama lagi berakhir. Jika didapati bersalah peluang utk Ismail menjadi
Presiden UMNO dan seterusnya menjadi PM sgt mudah.
Ramai yg melihat desakan Najib dan Zahid lebih kpd kepentingan
peribadi. Skg mari kita lihat siapa yg lebih berkuasa… kuasa Perdana Menteri
atau kuasa Presiden UMNO?
Najib dan Zahid hanya tinggal selangkah lagi utk mereka jadikan
mangsa seterusnya iaitu Ismail. Selangkah lagi samada mereka akn dihukum
dipenjarakan atau selangkah lagi kembali bertakhta… mari kita lihat siapa yg
kena.