TUDUH RASUAH. TETAPI PENGARAH TAK JELAS RASUAH ATAU TIDAK....WAH KACAU MACAM NIM

 


Bekas pengarah syarikat tak dapat sahkan jika rasuah dibayar kepada Guan Eng




Bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa terbabit rasuah dalam projek terowong dasar laut.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Sesyen dalam perbicaraan rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng bahawa beliau tidak tahu jika rasuah diberikan kepada bekas ketua menteri itu.

Ibrahim Sahari berkata, bekas rakan sekerjanya di Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, hanya menyebut mengenai dakwaan rasuah itu selepas dibebaskan daripada reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 2018.

“Dia (Zarul) tidak beritahu saya berapa kali ‘rasuah’ itu dibayar atau bagaimana ia diberikan.”

Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa Zarul meminta beliau dan bekas pengurus kewangan, Azli Adam menggunakan invois “palsu” untuk mewajarkan pembayaran kepada beberapa entiti (Sinar Bina Consultancy Services, Bintang Ria Engineering, JKM Konsortium Sdn Bhd dan Jurutera Konsult Maju Sdn Bhd).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Ini bagi mengelakkan timbul masalah dengan pengaudit.”

Semalam, Azli memberitahu mahkamah bahawa Zarul mengaku kepadanya rasuah diberikan kepada Lim untuk projek terowong dasar laut.

Lim sedang dibicarakan atas dakwaan menggunakan jawatannya sebagai ketua menteri ketika itu untuk meminta balasan berupa 10% daripada keuntungan projek jalan dan terowong itu serta mendapatkan RM3.3 juta rasuah daripada Zarul.

Lim turut menghadapi dua pertuduhan melupuskan tanah milik kerajaan negeri yang bernilai RM208.7 juta secara tidak jujur kepada dua syarikat.

No comments: