Kesian. Tapi hakikat yang dia suruhan Mahathir buatkan aku
sangsi dengan pendakwaan ini. Kerana kisah ini berjaya menarik simpati
masyarakat kepadanya.
Pertama, ini akan mampu untuk menunjukkan yang kononnya kumpulan
Mahathir tiada kena mengena dengan Mahiaddin.
Kedua, ia juga akan dapat menarik sokongan rakyat terhadap Syed
Saddiq yang akhirnya sokongan itu akan diserahkan kepada Mahathir.
Jadi dalam hal ini, sedikit plot twist akan buatkan Mahathir
menang besar. Jadi dalam aku kesiankan Saddiq, aku lebih risaukan rakyat Malaysia
yang mungkin dijerat oleh Mahathir sekali lagi.
Kemungkinan itu ada.
Selagi Saddiq terikat dengan Mahathir, maka selagi itu aku tak
boleh nak percaya 100% dengan setiap aksi drama yang berlaku.
Aku membesar ketika Mahathir baru jadi PM. Aku remaja di saat
Mahathir bersama DS Anwar. Zaman belia aku menyaksikan Mahathir tikam DS Anwar.
Di saat aku di alam dewasa, aku melihat sekali lagi bagaimana
Mahathir mengkhianati, bukan sahaja DS Anwar, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Aku tak mahu memasuki alam tua dengan sekali lagi terpaksa
melihat Mahathir merosakkan negara ini. Cukup cukup sudah. Cukup sampai di sini
saja.
Jadi selagi Syed Saddiq bersama Mahathir, selagi itu aku tak
percaya yang berlaku ini adalah kisah nyata. Sentiasa ada gajah di sebalik batu.