Siasat dakwaan Syed Saddiq berkenaan ugutan yang memaksanya untuk melompat parti

 

BY ALIRAN ADMIN




Syed Saddiq says repeatedly threatened with criminal charges, insists would  rather go court tomorrow than join Perikatan | Malaysia | Malay Mail


                                          Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 


Aliran mengambil berat keadaan yang menyelubungi pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dituduh menyalah guna dana Bersatu berjumlah RM1.1 juta.

Kami mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat mereka yang disyaki terlibat rasuah, lebih-lebih lagi ahli politik tersohor. Setiap usaha oleh pihak berkuasa untuk membendung rasuah, yang sudah merebak ke seluruh peringkat masyarakat, menerima sokongan kita.

Begitu pun, kami waspada dengan tuduhan Syed Saddiq bahawa pendakwaan bersifat politikal apatah lagi beliau seringkali berdepan ugutan setiap kali Parlimen akan bersidang. Ahli Parlimen Muar secara tersirat menyatakan bahawa ugutan ini bertujuan agar Ahli Parlimen pembangkang sepertinya untuk melompat dan menyertai pakatan kerajaan.

Kami mendesak SPRM dan agensi penguatkuasaan lain untuk menyiasat hal seserius ini, jika ianya berasas seperti yang disiratkan oleh Syed Saddiq, sekaligus menandakan dakwaan terpilih serta salah guna kuasa.

Tempoh pendakwaan juga boleh dipersoalkan apatah lagi SPRM sepatutnya boleh membuka kes terhadap beliau pada waktu lain, namun mengapa sekarang?

Walaupun kami menghargai usaha untuk membendung rasuah, ianya patut dijalankan merentasi sempadan politik, dan secara menyeluruh, tanpa berbelah-bahagi. Kalau tidak, ianya seakan mempersendakan keadilan, tidak lebih dan tidak kurang.

Ianya amat penting bagi agensi penguatkuasaan seperti SPRM untuk memastikan mereka tidak menjadi perkakas oleh kerajaan dalam mengejar agenda sempit mereka.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Jawatankuasa eksekutif Aliran
22 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 

No comments: