MOHD MUKHLIS
Ada yang tag saya,eh Nadir An Nuri itukan ahli PAS, takkan awak
boleh sokong dia?
Ini satu lagi masalah orang kita. Kita hendak melihat kebenaran
sesuatu itu berdasarkan tubuh si penyampai, bukan apa mesej yang di sampaikan.
Jika ini berlaku kita akan jadi taksub dan terpesong daripada kebenaran.
Kadang-kadang Allah datang beri peringatan dengan nasihat dari pada orang yang
kita tidak suka, tapi kita ignore sebab kebencian kita pada individu tersebut
telah membutakan kita pada kebenaran.
Boleh jadi jika kita membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi jika kita suka sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kita,
sebab itu kebenaran itu milik Allah SWT.
Sekalipun Nadir An Nuri itu ahli parti komunis, saya tetap akan
sokong apa yang dia buat kerana dia boleh memberikan bukti-bukti yang jelas.
Dalam Al-Quran banyak ibrah dari kisah-kisah umat terdahulu yang
telah diberikan bukti dan peringatan tetapi mereka mendustakan bukti tersebut
kerana yang menyampaikan bukti tadi bukan dari golongan mereka.
Kalau kebenaran itu berpaksi pada tubuh pemimpin, berpaksi pada
social status individu; maka putuslah dakwah nabi-nabi terdahulu kerana
kebanyakan nabi adalah dari kalangan orang miskin dan tiada pangkat.
Kalau tidak, tidaklah Allah merakamkan bicara pengikut-pengikut
yang taksub pada orang-orang yang zalim semasa di dunia, mereka ini semua nanti
di akhirat meminta azab dua kali ganda untuk pemimpin yang menipu mereka semasa
di dunia, sedangkan pemimpin tadi berlepas diri dengan apa yang mereka jamin di
dunia.
Jadi kalau mereka yang kita sanjung mudah sahaja berlepas diri
dengan apa yang mereka jamin di dunia, adakah mereka akan teguh menjamin
perkara yang sama di akhirat?