Pemuda PN bengang tuduhan liar Syed Saddiq

 Panas! Pemuda PN bengang tuduhan liar Syed Saddiq

KETUA PEMUDA PN DIMINTA CERMIN DIRI MENENTANG UEC SUATU KETIKA DAHULU.NAMUN DIAM MENIKUS BILA ADA JAWATAN DALAM KERAJAAN.KINI JADI KAKI BODEK NO WAHID



PEMUDA Perikatan Nasional (PN) menyifatkan tuduhan Syed Saddiq Abdul Rahman kononnya dia didakwa di mahkamah kerana enggan menyokong kerajaan PN, sebagai liar, tidak matang dan tidak berasas.

Ketua Pemuda PN, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata tuduhan dilemparkan Ahli Parlimen Muar itu adalah amat mengecewakan serta mempunyai agenda tersendiri.

“Seumpama pepatah Melayu: “Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket.”

“Pemuda PN sentiasa berpegang pada konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), beretika dan politik khidmat bakti,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Syed Saddiq menerusi Facebooknya berkata beliau lebih rela masuk mahkamah daripada PN dan mendakwa menerima ugutan politik untuk menyokong kerajaan PN sejak setahun lalu.

“Sudah lebih setahun saya telah diugut untuk didakwa jika tidak menyertai PN.

“Setiap kali ada undian penting di Parlimen, ugutan akan datang. Pada bulan Julai, Disember, Januari dan kini seminggu sebelum Parlimen bersidang,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata Pemuda PN sentiasa berpegang pada prinsip kedaulatan undang-undang, di mana seseorang itu tidak bersalah selagimana tidak dibuktikan bersalah.

“Pemuda PN menjunjung dan amat yakin dengan ketelusan dan integriti Institusi Kehakiman. Ia medan terbaik untuk tertuduh mendapat keadilan, membukti diri tidak bersalah dan membersihkan nama,” katanya.

Pagi tadi Syed Saddiq mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah membabitkan wang lebih RM1 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau turut mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan kedua di mahkamah sama iaitu menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).