KENAPA NAK EKSPLOITASIKAN KEJADIAN?
Maaf saya kurang faham kenapa diviralkan tangkapan ke atas 49
warga asing yang langgar SOP kerana solat Aidiladha di Taman Pelangi Bukit
Mertajam, Selasa lepas. Ramai yang viralkan gambar pelanggar SOP itu digari.
Apa sebenar hendak diceritakan?
Saya rasa niat asal sudah beralih dan ada unsur untuk
memburukkan tindakan kerajaan dengan penyebaran gambar berkenaan. Saya cari
dimana salahnya mereka digari? Mereka jelas melanggar SOP ditetapkan. Kalau
mereka tidak melakukan kesalahan, mereka tidak akan ditangkap dan digari.
Apa yang perlu diberikan perhatian dengan kejadian itu ialah
kesalahan melanggar SOP. Itu yang pentingnya daripada cuba menimbulkan akan
kekejaman kerajaan yang menggari mereka. Gari bukan sesuatu yang haram itu juga
termasuk dalam prosuder dikenakan. Mereka bukan seorang atau dua, tetapi 49
orang. Sukar untuk kawal orang seramai itu kalau tidak digari?
Mungkin akan kata mereka bukan penjenayah, tetapi jemaah. Tetapi
dari garis undang-undang mereka telah melakukan kesalahan.
Itulah kita kadang-kadang tidak memberi fokus kepada isu sebenar
dan cuba mengeksploitasikan dengan apa yang kita ingini dan mengikut naluri
kita sahaja tanpa melihat secara adil dan saksama. Trims.