KAK IDA ABDULLAH
Ramai dah lupa bagaimana seorang tua berusia 93 tahun setiap
malam berceramah, tunjuk dia insaf. Kita telah kagum dengan tenaga luar biasa
yang kita salah tafsir sebagai ikhlas.
Berhujan berpanas menagih simpati mengguna usianya. Dia merintih
"saya bukan boleh hidup lama, saya nak selamatkan negara kita dari
perompak!" Lalu kita semua tersentuh, ada yang menangis kerana dia ingin
bertaubat, sdgkan sekali pun tidak terbit dari bibirnya. Hanya pernah berkata,
"saya minta maaf, saya buat salah pilih Najib. Saya terhutang budi kepada
bapa dia!"
Lakonannya amat meyakinkan. Skrg rasa akibatnya? Kita juga akan
terus tergoda dengan lakonan lemah lembut dan airmata mereka yg sarat dengan
agenda. Kita bukan Nabi, tak ada ilmu kasyaf, tapi kita juga diingatkan apabila
memberi kepercayaan janganlah 100% selain dari Allah.
Apakan daya emosi kita mudah disentuh, sehinggalah ia terjadi
kepada kita, barulah pengalaman pahit menjadi guru yang
terbaik
. Sementara itu, janji-janji palsu akan terus ditabur, emosi
kita akan terus dicatur, dikeliru sehingga tidak dapat membuat keputusan yang
tepat hanya mengikut yang teramai, kerana takut tertinggal.
Yang mengikut Nabi s.a.w. tak ramai. Sungguh sedikit yang
mensyukuri nikmat iman dan Islam sehingga terpaksa mengasingkan diri untuk
terus berpaut dengan tali Allah.
Wallahu'alam.