Muhammad Amir
Saban hari bagaikan sebuah
kewajiban yang tidak boleh jika tidak,harus di ratib oleh barisan "Kluster
Makhamah" dan orang-orang yang mengikuti dan menyokong mereka secara
membuta tuli,mereka ini seolah tidak memiliki daya intelektual untuk menyaring
maklumat dan membuat pilihan tepat, frasa kegemaran dan wajib bagi mereka
adalah "Kerajaan Gagal" maka penyelesaiannya adalah menukar Perdana
Menteri.
Seolah tidak pernah sekali pun
Zahid menasihati rakyat untuk mematuhi "SOP" Covid-19,tetapi yang
sering meniti di bibir beliau hanyalah "Kerajaan Gagal" dan tukar
Perdana Menteri.Setelah menukar Perdana Menteri,apakah Covid-19 akan tiba-tiba
ghaib dan segalanya akan pulih,ekonomi akan kembali rancak,perut-perut lapar
akan segera kenyang ?
Siapa calon sesuai di mata
Zahid Hamidi ? Adakah seorang Anwar Ibrahim yang merupakan panutan dan cikgu
peribadi seorang Zahid ? Atau kah Najib Razak yang saban hari sibuk bermain
"Facebook" untuk membeli sejumlah "like" dan membuat
"poll" palsu atau pun dirinya sendiri yang tidak mampu untuk.memimpin
Umno sekalipun ?.
Apa tindakan dan pelan
pemulihan yang telah di rangka oleh mereka-mereka ini ?Jika ada
bentangkan.Bukan kah Umno sendiri adalah sebahagian daripada kerajaan hari
ini?.Maka,seharusnya kalian menjadi penyumbang idea realistik seperti mana
beberapa menteri Umno yang sedang giat bekerja dan tidak hanya berpolitik
sepanjang waktu dalam memulihkan negara.Ini kerana Umno adalah sebahagian
daripada kerajaan dan bukan pengkritik tidak berkaliber yang gila kuasa dan takut
pula menghadapi hukuman makhamah.
Untuk barisan Pakatan
Harapan,mereka berkata akan menyelamatkan Malaysia ? Jika benar ikhlas dan pada
hemat kalian wahai barisan Pakatan Harapan, pelan serta tindakan yang kalian
rancang adalah lebih baik daripada kerajaan PN pada hari ini (jika ada),maka
bentangkan.Bukan kah di bawah pimpinan kalian wahai kerajaan PH,Covid-19 mula
tersebar di Malaysia ? Bukan kah di sebabkan oleh kelambatan dan kelemahan
serta kedegilan kalian dalam mendengar nasihat yang membuat Covid-19 ada di
mana-mana ?.Sewaktu Tun.M mengatakan tidak membuat PRN Sabah,bukah kah kalian
yang berdegil mendesak untuk diadakan PRN Sabah ?Bukan kah hari ini,jumlah kes
untuk negeri di bawah pentadbiran PH adalah jauh lebih tinggi daripada
keseluruhan negeri yang tidak di tadbir mereka ?.Dimana kredibiliti kalian
wahai barisan PH untuk memimpin dan mentadbir negara ini jika beberapa negeri
sahaj kalian gagal untuk urus tadbir dengan baik ?
Sekali lagi saya bertanya
kepada Zahid dan semua yang ingin menukar Perdana Menteri,selepas menukar
Perdana Menteri ,apakah pelan tindakan yang akan kalian lakukan ?. Mengubah
dasar pentadbiran ?. Menyambung semula gerak kerja kerajaan hari ini ?Atau
mengubah manifesto sebelumnya menjadi kitab suci pula pada kali ini ?. Atau
kalian sebenarnya tidak tahu akan berbuat apa andai kata dapat menukar Perdana
Menteri ?. Maka kekeliruan dan kekurang cerdikan kalian akan meletak kan negara
ini pada situasi ketidakpastian yang sangat berbahaya.
Kerajaan PN tidak hanya bekerja
sesama menteri mereka sahaja,gerak kerja mereka di sokong oleh ribuan penjawat
awam yang mahir dalam pelbagai bidang dan mempunyai pengalaman yang luas di
pelbagai peringkat.Taburan data dan maklumat yang di sampaikan sebahagian besar
adalah hasil kerja keras mereka para penjawat awam yang setia kepada Raja dan
negaranya? Adakah Zahid dan sekutunya secara tidak langsung meragui kredibiliti
mereka yang bertungkus lumus ini ?.
Kepada rakyat,apakah kalian
lebih percaya kepada orang-orang yang semasa mereka berkuasa kelihatan seperti
boneka tanpa otak tetapi bila tampuk kekuasaan hilang dari genggaman tiba-tiba
mereka lah yang terpaling bijak di bumi Malaysia ini ? Sedangkan ketika
berkuasa,mereka ini di dukung oleh data dan maklumat yang relevan daripada para
penjawat awam,tetapi hari ini mereka cuma di dukung dan di sokong oleh
siaran-siaran di media sosial yang tidak sahih dan rapuh pula tahap
ketulenannya.Tidak kah kalian mengikuti perkembangan kes-kes "Kluster
Makhamah" yang sedang meniti hari demi hari sebelum ke jeriji besi atau
setidaknya hilang kelayakan bertanding.
Jika pun kalian ingin berkuasa
atau lari dari hukuman penjara,jangan lah terlalu gopoh dalam mengeluarkan
butir bicara.Bimbang nanti kuasa tak dapat,maruah yang sedia tercalar pula
semakin hilang nilainya.
-RP-
Muhyiddin Yassin Jabatan
Perdana Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kementerian Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, KKMM Zahid Hamidi Najib Razak Anwar Ibrahim Ismail Sabri
Yaakob Tan Sri Annuar Musa DR ASYRAF WAJDI DUSUKI Dr. Mahathir bin Mohamad
ROTIKAYA NST Online Berita Harian Online UMNO Online Harian Metro Harian Metro
Buletin TV3 MERDEKA.com Suara Merdeka Suara.TV RTM - Radio Televisyen Malaysia
Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Lokman Adam Tipukini Prof Annoying Parti
Pribumi BERSATU Malaysia Free Malaysia Today Malaysiakini Malaysia Gazette