KAK IDA ABDULLAH
Syed Sadiq adalah mangsa sistem dirosakkan Mahathir.
Lihat itu BUKAN argue ramai-ramai pemimpin PN yang rasuah tiada kertas
siasatan dibuka!
Itu yang Mahathir telah lakukan.
Bila seseorang jadi PM ada kuasa macam Firaun berkata, "aku
yang putuskan siapa hidup dan siapa mati!" PM menentukan perasuah mana
selamat, perasuah mana dijerat!
Walaupun Syed Sadiq dikatakan wayang mendpt sokongan untuk tambah
ahli Pejuang, kerana Atok akan jadi HERO sekali lagi.
Macam mana dia jadi hero tumbangkan Najib sampai PH pun boleh
tergoda kemudian ternoda!
Begitulah dia akan buat, guna Syed Sadiq, apa sj untuk
'jatuhkan' Mahiaddin sedangkan dibelakang Mahiaddin ada dia?
Atoklah manusia jantan yang guna akal 9 untuk memuaskan nafsu
yang 1 iaitu kuasa.
Berbeza dengan lebai-lebai yang menggunakan nafsu satu iaitu seks
sehingga tertutup yang 9!
Sampai bila rakyat mau sedar ini?
Macam-macam wujud nak alih perhatian rakyat.
Bergaduh pasal Laksa, PKP sambung punya sambung, bergaduh pasal
Gaza, kes Covid tinggi, kes kematian tinggi.
YANG tak mau bersatu adalah bersuara kezaliman PN dan mohon YDPA
guna kuasa istimewa Baginda semasa darurat ini pecat AG, Speaker yang kuatkan
Mahiaddin.
Mantan Menteri Undang2 dan pakar Perlembagaan setiap malam
muncul dan beritahu bahawa YDPA ada kuasa istimewa bantu rakyat Tuanku!
Ada sikit saja rencana untuk mereka kekal berkuasa, rakyat
khusus Melayu bergaduh sesama sendiri dan berpihak.
Awak berpihak EL ke Nadir ke, AWAK tetap rakyat yang dizalimi
kerajaan tiada pelan bantu kamu!
Mana otak kamu?
Sibuk pertahankan EL, diri sendiri siapa nak pertahankan?
EL tu cukup kemas dah kita ni yang longleh!
Kita sepatutnya bersuara meminta YDPA campurtangan memecat
kerajaan yang dilantik Tuanku dan pulang semula kepada PH yang mendapat mandat
rakyat dan DSAI menjadi PM!
Barulah dunia luar berhenti ketawakan kita yang dok sibuk
bergaduh dengan yahud la sedangkan dalam negara sendiri tidak bersatu hati
kental macam rakyat falestin digaza!
Sibuk dok p jaga rumah orang.
Orang gaza tak angkat bendera putih pun minta makanan!
Mereka, malah waktu Covid boleh imarah masjid, boleh berurusan.
Jika mati syahid pertahankan iman!
Rakyat kita?
Mati kerana tiada pekerjaan, makanan, wang?
Bencana Covid pun masih gagal diuruskan sehingga menjadi bahan
berita luar negara, Malaysia negara gagal!
Orang nombor 2 dalam kerajaan pun Mahathir boleh cantas dengan
perkara aib, apatah lagi rakyat biasa!
Melawan isrel kuffar lebih mudah dari menentang pemerintah zalim
Islam! Jihadlah sangat!
Reformasi sistem bobrok melindungi pemimpin keji adalah jihad
rakyat Malaysia.
Tunaikanlah dulu sebelum sibuk nak p jihad di negara orang lain!
Malulah ada kuasa lawan pemerintah zalim, nak p tunjuk kat dunia
boleh p masuk gaz tumpaskan israil yang dibenar berkuasa.
* Malulah dengan Allah yang akan mengampun semua dosa kecuali
syirik kepadaNYA, lalu orang Islam lakukan semua dosa kecuali satu perkara!
* Malulah apabila orang bukan Islam melihat agama mereka lebih
jujur, lebih berperi kemanusiaan dari agama Islam.
* Malulah apabila terpaksa larikan dari kezaliman pemerintah di
negara sendiri yang Islam untuk bermastautin di negara berpemimpin yang tidak
beriman dengan Islam.
Walaupun Allah telah berjanji mengampuni semua dosa kecuali
syirik,
* MALU lah menipu, mencuri, merasuah, berzina, meminum arak,
menyeleweng, menunggang agama, semburit kemudian solat, berpuasa dan haji,
zakat dan derma.
Semua manusia lakukan kesalahan, jika yang tidak beriman, pun
tau insaf dan undur letak jawatan,
** TIDAK MALU kah yang Islam meneruskan segala kebobrokan dan
tidak melepas jawatan?
* Malulah memperlihatkan Islam sebagai agama penuh kepura-puraan
dengan pakaian wara tetapi akhlak menjengkelkan.
Orang biasa atau ustaz setiap Muslim beramanah berdakwah kepada
yang belum beriman mengenal Allah.
Mahukah mereka kenal Allah apabila Muslim itu tiada beza dengan
seorang penjenyah?
Agama mana sokong dan dokong penjenayah WALAUPUN mereka sembah
selain Allah?
PALING MALU ADALAH MENGHARAP EHSAN SEORANG PEMIMPIN YANG MENGAKU
BERIMAN!