Pengawal keselamatan terima rezeki yang tak diduga

 


May be an image of outdoors


ANJING DAN 'KUCING VIRAL'

Semalam saya rasa bersalah apabila memanggil DBKK utk menangkap anjing yg sering masuk ke perkarangan rumah utk mencari makanan. Namun hanya 3 ekor sahaja berjaya ditangkap dan 3 ekor lagi masih bebas. Saya rasa bersalah bila melihat anjing tak bertuan ini begitu sedih kehilangan rakan2 mereka.

Selepas Maghrib saya segera ke Mini Market. Saya ambil sekampit makanan anjing dan bila sampai di kaunter, tauke memberitahu kampit makanan itu adalah makanan anjing bukan makanan kucing.

Saya beritahu memang mahu beli makanan anjing. Mungkin sebab saya memakai jubah menyebabkan tauke tersebut menegur takut tersilap kampit makanan.

Masa saya kecil saya sgt takut pada anjing. Yelah tipikal Melayu yg memang anti anjing. Setiap hari saya menaiki basikal ke sekolah akn melalui Kg. Cina. Setiap hari juga saya dan kawan2 akn dikejar beberapa ekor anjing. Rupanya anjing ini satu perangai dia... bila kita selalu berikan makanan ia boleh berkawan dgn kita. Malah boleh dimarah (halau) begitu sahaja.

Setiap kali saya kayuh basikal anjing2 akn mengekori beberapa ratus meter. Sampai ada beranggapan saya pelihara anjing.Teringat kisah seekor anjing bernama Qithmir yg menemani tujuh pemuda Ashabul Kahfi bersembunyi di dlm gua.

Baiklah kisah benar kedua ini diceritakan sendiri oleh sahabat saya. Ia mengisahkan seorang pengawal keselamatan yg mendapat rezeki yg tidak disangka sehingga beliau berhenti dari pekerjaan tersebut. Kenapa pemuda itu berhenti semata mata utk memberi makanan kpd kucing sepenuh masa?

Ia kisah yg berlaku di negeri utara Semenanjung. Lelaki ini sewaktu bertugas sebagai penjaga keselamatan sering memberi makanan kpd kucing. Seperti lazim trend skg, setiap kali dia memberi makanan kpd kucing, dia akn menyuruh rakannya mengambil foto utk dimuatkan di FB dan IGnya.

Dari satu dua komen hinggalah gambar2nya di share di laman sosial. Semakin ramai yg like sehingga menjadi viral. Ramai yg meminta nombor akaun utk menghulurkan wang kpd pemuda pengawal keselamatan ini membeli makanan kucing2 jalanan yg ditemuinya.

Semakin hari semakin ramai yg menyumbangkan dana kpdnya. Selepas beberapa bulan akhirnya pemuda ini berhenti kerja sebagai pengawal. Bagaimana dia menyara kehidupannya dgn hanya memberi makanan kpd kucing tanya saya.

" Dia berhenti sb hari2 dari pagi sampai ke malam dia upload gambar memberi makanan kpd kucing dia. Dkt Malaysia ramai peminat kucing dan ramai penderma. Jadi dia berhenti kerana wang yg masuk ke akaunnya sudah mencukupi utk dia menyara kucing dan kehidupannya," jelas kawan saya sambil ketawa.

Sambungnya lagi wang yg diterima oleh pengawal tersebut setiap hari jauh lebih tinggi pendapatannya bekerja sebagai pengawal keselamatan. Itulah hebatnya kuasa atau pengaruh media sosial asalkan jgn delete nombor akaun. Buat kebajikan sambil swafoto. Apatah lagi sambil berikan makanan kau sdg menangis kerana sgt simpati dgn nasib kucing gelendangan tersebut lagi ramailah yg akn menyumbang.

Sebab itu ramai yg mahu buka pusat tahfiz, mahu daftar NGO, menubuhkan koperasi kerana ia bukan sahaja dpt membantu org ramai tetapi dpt juga menjana pendapatan. Tahfiz dan NGO sgt mudah mendapat dana kerana org Malaysia memang terkenal dgn sifat pemurah. Malah jika ada NGO 30% sumbangan akn milik peribadi...Jika ada 100 k dah dpt RM 30k.

Era teknologi siapa bijak menggunakan media sosial dia boleh hidup senang lenang walaupun bantuan itu hanya kpd binatang. Jika ikhlas lagilah seronok dapatlah pahala dunia akhirat kerana sudah tentu Allah sayang.

 

No comments: