Bendera putih di seluruh Malaysia saat dihurung pandemik menandakan sesuatu yang lebih mendalam


MUSTAFFA K.ANNUAR









Pandemik Covid-19 benar mengganggu negara kita, mengakibatkan bilangan kematian yang meningkat, lebih banyak jangkitan serta kesukaran ekonomi yang teruk pada ramai orang, terutamanya mereka yang rentan.

Ribuan hilang bisnes, pekerjaan, pendapatan dan maruah diri akibat kuncitara yang dijalankan. Sesetengah pula berdepan keganasan domestik, penceraian, peningkatan kemiskinan serta masalah kesihatan mental.

Yang lain pula dihantui beban hutang dan sewa. Moratorium pinjaman yang ditawarkan oleh bank hanya menjadi bantuan sementara dari pembayaran semula dengan bunga.

Pengeluaran i-Citra dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bertujuan untuk membantu mereka yang terdesak berdepan dengan cabaran kewangan ketika kuncitara. Namun, ia juga bermakna bahawa ahli KWSP menyusutkan simpanan persaraan mereka.

Ada kemudiannya menjadi tak berubah, tinggal di bawah jambatan atau di kaki lima di bandar-bandar.

Ekonomi merudum mengakibatkan ramai berhempas-pulas untuk menyediakan makanan di atas meja. Segelintir, dalam keterdesakan, ditangkap kerana mencuri di kedai, mengambil barang asas seperti ikan dan sayur. 

Ada juga yang miskin sehingga tidak dapat membeli pelitup muka sendiri untuk perlindungan, apatah lagi untuk memakai dua lapisan agar mendapat perlindungan yang efektif. Ramai di antara mereka terpaksa memakai pelitup muka beberapa kali, melebihi dari tempoh penggunaannya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Sewaktu kuncitara pertama, kerajaan menyediakan pelitup muka kepada orang awam, namun sekarang tidak lagi. Harapnya, undang-undang tidaklah begitu keras pada mereka yang tidak mampu membeli pelitup muka.

Hampir setiap hari, rakyat memohon bantuan di media sosial. Yang lain pula menuntut agar kerajaan membenarkan bisnes kecil untuk beroperasi supaya mereka mendapat sedikit pendapatan untuk berdiri semula. Keterdesakan yang ditonjolkan di media sosial menjadi cukup tegang sehinggakan permintaan dibuat dengan penuh amarah. Penyanyi di dalam video di bawah dengan jelasnya memperlihat kegeraman, kekecewaan serta kemarahan mereka yang rasa dipinggirkan oleh pemimpin yang diamanahkan bagi menjaga kebajikan rakyat.

Tekanan sosioekonomi yang kuat mengakibatkan segelintir rakyat membunuh diri akibat terdesak dalam menyelesaikan permasalahan. Kita mendengar ada orang yang melompat dari bangunan tinggi dan jambatan atau menggantung diri di rumah dan parkir kereta. Dari Januari hingga Mei tahun ini, 468 orang – termasuklah anak muda – meninggal akibat bunuh diri. Sesiapa yang merasa tidak dapat menerima tekanan lagi patut mendapatkan bantuan dari kumpulan seperti Befrienders.






Dengan ekonomi merudum, kekecewaan memberi kesan ramai orang. Misalnya, usaha bendera putih, dimulakan beberapa individu, muncul dari konteks sosial dan merebak seperti api.

Orang yang tidak lagi mempunyai sumber makanan digalakkan untuk berkongsi bendera putih di luar rumah mereka bagi mengelakkan mereka dari terpaksa meminta-meminta makanan.

Orang baik akan membantu mereka. Rakyat Malaysia yang penyayang ini berganding bahu memberikan makanan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Individu yang kisah, NGO, peniaga, badan keagamaan serta ahli politik juga membuat tabung makanan bagi menyelamatkan kehidupan dan melindungi maruah. Semangat gotong-royong yang patut dipuji ini digerakkan oleh tanda pagar tular #KitaJagaKita.

Dan juga, bendera putih menjadi tali kehidupan yang penting bagi mereka yang terdesak. Simbol ini menjadi elemen yang menyatukan mereka yang mempunyai empati serta kasih sayang di dalam usaha mereka untuk membantu yang rentan.

Bendera putih memperdalam apa maknanya menjadi warga Malaysia, kerana mereka yang memberi dan menerima bantuan merentas dinding etnik, agama, status serta afiliasi politik. Politikus seringkali dengan penuh hasad dengki melaga-lagakan rakyat di sebalik halangan ini serta digunakan sebagai modal politik mereka bagi menjalankan pecah dan perintah. Namun, dinding sebegitu dipecahkan walau sedikit.

Ke-Malaysia-an usaha masyarakat yang berlandaskan inisiatif bendera putih menggalakkan kelompok dengan pandangan yang inklusif untuk turut serta. Projek Bangsa Malaysia, misalnya, meneruskan kutipan dana melalui maraton atas taliannya di Livestream Derma Kilat Rakyat. Dana yang dikutip diberikan kepada gerakan bukan keuntungan bagi menyediakan bantuan kepada mereka yang rentan.

READ MORE:  How a 'land of smiles' was reduced to misery

 

Anak muda Malaysia yang celik teknologi membantu dengan membikin laman web dan aplikasi bagi menghubungkan golongan rentan yang memerlukan bantuan ketika kuncitara.

Ketika usaha bendera putih dimulakan, ada politikus yang membuat tohmahan termasuklah, dari Pas. Mereka berpendapat bahawa mengibarkan bendera putih seperti menyerah kalah, berputus asa dengan kehidupan, yang bagi mereka, tidak patut digalakkan. Apa yang lebih penting adalah untuk memohon bantuan dari Tuhan, tegas mereka.

Mereka yang mengkritik kenyataan itu pula mengatakan bahawa golongan rentan patut melakukan keduanya: untuk hidup, individu patut mendapatkan bantuan Tuhan serta empati dan bantuan dari manusia lainnya.

Barangkali lebih mudah untuk sesetengah politikus untuk mengulas dari rumah agam mereka yang selesa, dengan dapur yang berasap serta bilik berhawa dingin, jauh dari realiti sosial yang kejam. Inisiatif bendera putih mendapat liputan yang meluas di seluruh negara sekaligus membuatkan politikus ini risau jika ada yang masuk ke wilayah politik mereka. Ada berita yang mengatakan bahawa bantuan makanan yang digerakkan oleh sukarelawan bendera putih berdepan ‘kesukaran’ di beberapa tempat, akibatnya.

Selain dari empati serta murah hati yang usaha bendera putih ini tonjolkan, ia juga menunjukkan bahawa bantuan kewangan serta lainnya itu tidak mencukupi untuk menampung golongan rentan bagi kuncitara yang berpanjangan. Ada segelintir yang memerlukan barangkali tidak menerima bantuan itu.

Kepopularan bendera putih di kalangan mereka yang terdesak memaksa kerajaan untuk campur tangan baru-baru ini dengan memberikan bantuan kepada golongan rentan di bawah skim bantuan Bakul Prihatin Negara. Skim ini, melibatkan 420,000 paket makanan bernilai RM50 setiap satu, bertujuan untuk 1.7 juta penerima.

Namun para skeptik mengatakan apakah makanan yang bernilai RM50 itu cukup bagi keluarga terdesak yang hidup dalam keadaan mencabar.

READ MORE:  Covid, systemic failure, desperate measures

 

Barangkali berpuas hati dengan usaha kerajaan dalam menyediakan bantuan makanan, Perdana Menteri Mahiaddin Yasin menuturkan dengan nada mengejek bahawa tidak perlu untuk dikibarkan bendera putih. Katanya, bendera biru sahaja cukup. (Logo pakatan politik Perikatan Nasional mempunyai latar belakang biru gelap.)

Gurauan Mahiaddin ini menunjukkan bahawa beliau mengaku bahawa usaha bendera putih penting di dalam mengurangkan kesan sosioekonomi yang dihadapi golongan rentan. Ia juga menunjukkan bahawa pemberian tunai oleh kerajaan jauh dari mencukupi.

Sementera kita meraikan betapa signifikannya usaha bendera putih secara sosio-politiknya, ingatlah bahawa usaha sebegini ada keterhadannya kerana ianya adalah seperti pelekat luka. Mereka yang di tampuk kuasa perlu ada strategi jangka masa panjang bagi menyelesaikan kemeruduman ekonomi serta meredakan penderitaan rakyat.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, Surat berita Aliran
20 Julai 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

No comments: