Saya Mahu KEADILAN Ampang Aktif Kembali


Aktivis KEADILAN, Hans Isaac berkata, beliau mahu menggerakkan kembali Cabang Ampang selepas sunyi akibat pengkhianatan Langkah Sheraton. Hans yang mengakui telah 40 tahun tinggal di Ampang menganggap kawasan itu adalah penghidupannya, keluarga dan kawan-kawan. Oleh itu beliau akan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di sana. Mengenai pergerakan politik, Hans berpuas hati berikutan inisiatif beliau dan rakan-rakan akar umbi di Ampang kembali aktif Katanya, makin lama makin ramai rakan dan ahli parti bersama pejabat beliau untuk bekerja di Ampang. #KEADILAN #SuaraKeadilan #DatukHansIsaac



No comments: