Minister of Science, Technology and Innovation, Khairy Jamaluddin Abu Bakar speaks to the journalists about the Pfizer BioNTech Covid-19 vaccine at the Putrajaya Health Clinic of Precinct 11, Putrjaya. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 24 FEBRUARY 2021. Sinovac Covid-19 vaccine Rembau Hospital
Khairy Jamaluddin Abu Bakar

KUALA LUMPUR – Individu yang perlu merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah tempat tinggal mereka tidak perlu memohon surat kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan malam ini berkata mereka hanya perlu menunjukkan butiran janji temu yang dipaparkan menerusi aplikasi MySejahtera, laman sesawang atau SMS ketika melalui sekatan jalan raya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah di Selangor yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, petang tadi.

Enam daerah di Selangor yang diletakkan di bawah PKP bermula 6 hingga 17 Mei iaiah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.- BERNAMA