Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Kelang, Kuala Langat dan Sepang diperintahkan perlaksanaan PKP semula bermula 6 hingga 17 Mei depan.
Sejak virus Covid19 melanda negara, ini adalah kali ketiga PKP dikuatkuasakan.
Tidak seperti PKP 1.0 dulu di mana semua sektor ekonomi dan sosial ditutup dan PKP 2.0 ada banyak kelonggaran diberi dalam sektor ekonomi, tetapi dalam PKP 3.0 ini ternampak semuanya longgar belaka.
Semua kegiatan ekonomi dan sosial dibenar berjalan seperti biasa, cuma pergerakan merentas negeri dan daerah, yang kebetulan Hari Raya Aidil Fitri akan disambut dalam tempoh PKP itu, dilarang sama sekali.
Bererti tidak boleh balik kampung dan tidak boleh menziarahi saudara mara di daerah yang berbeza.
Begitu pun, selain kedai makan, kedai pakaian, pasaraya, pusat membeli-belah, bazar Ramadan, bazar Aidil Fitri, sekolah dan kain-lain sektot terus dibuka dibuka seperti biasa, kunjung-mengunjung antara jiran tetangga pada Hari Raya pertama dengan had maksima 15 orang, adalah dibenarkan.
Dengan kelonggaran sebegitu rupa, ada yang bertanya sama ada yang dikuatkuasakan ini PKP, PKPP atau PKPB?
Yang celupar sikit pula bertanya, ini PKP betul atau main-main?
Berikutan banyak kelonggaran dan jauh lebih longgar berbanding PKP 2.0 yang ternyata gagal mengekang Covid19, apa jaminan PKP 3.0 ini mampu menangani penyebaran virus tersebut?
Oleh kerana PKP ini dikuatkuasakan kerana kes Covid19 yang agak tinggi dalam daerah-daerah berkenaan, tidakkah membenarkan kunjung-mengunjung, walaupun hanya terhad kepada 15 tetamu, ia juga berisiko menyebabkan virus terus merebak?
Siapa yang kita tahu di kalangan jiran-jiran yang bertanding tidak membawa jangkitan?
Atau virus Covid19 bercuti raya kerana turut sibuk makan lemang dan ketupat pada Hari Raya pertama itu?
Bagaimana jika selepas 17 Mei nanti, kes jangkitan yang dilaporkan terus meningkat?
Apakah nantinya akan dilaksanakan PKP 4.0, PKP 5.0, PKP 6.0 dan seterusnya tanpa ada kesudahannya?
Mengapa kerajaan tidak melaksanakan PKP yang ketat seperti PKP 1.0 dahulu?
Ada yang berkata, kerajaan tidak mampu lagi melaksanakan PKP penuh seperti PKP 1.0 sebelum ini kerana jika ia dilaksanakan, ia harus disertai dengan pemberian pelbagai bantuan kepada rakyat, walhal Mahiaddin Md Yasin sudah ketiadaan wang untuk mengurus negara ini.
Kerana itu, dikatakan terpaksalah PKP yang longgar atau PKP separuh masak saja dilaksanakan.
Mampu atau tidak mengawal penyebaran Covid19, barangkali penyelesaian yang difikirkan ialah sambung lagi PKP untuk kali keempat, kelima, keenam dan seterusnya jika kes terus meningkat.
Bermakna, PKP yang sudah mencapai fasa tiga setakat ini, disertai lagi dengan darurat dan Parlimen digantung, terbukti telah gagal sama sekali untuk mengawal dan menangani Covid19.
Mahu tidak mahu, selain ini memberi isyarat kegagalan kerajaan PN, lebih mutlak ia adalah kegagalan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.
Apakah Mahiaddin peduli semua itu?
Setakat ini Mahiaddin nampaknya memang tidak peduli kerana yang dipedulikannya hanyalah untuk memenuhi kemaruk kuasanya bagi kekal lagi sebagai Perdana Menteri, meski realitinya sudah tiada majoriti.
Kalau Mahiaddin seorang yang peduli, tentu beliau berasa malu bergayut dan menerima gaji, kemudahan serta nikmat sebagai Perdana Menteri dengan sokongan yang seluruh dunia tahu memang sudah tiada lagi.
Dan sebab itulah darurat dicadangkan untuk dikuatkuasakan, meskipun pernah ditolak Agong sebelum ini.
Kalau betul ada majoriti juga, kenapa Mahiaddin masih takut membenarkan Parlimen bersidang, malah titah Agong berkenaan perkara itu itu terang-terang disanggah dan tidak dipeduli?
Soalnya, apakah kita sebagai rakyat juga tidak peduli dan rela terus dibuli?
(ShahbudinHusin 05/05/2021)