Bila X IGP dan Lokman Adam selar Dewan Ulama PAS

 May be an image of 1 person and text


KENAPA PAS JADI PILIHAN UMNO dan BERSATU?

Hari ini X IGP dan Lokman Adam menyelar Dewan Ulama PAS. Mesti diingat mereka ini bukannya ahli Amanah atau PKR yg pasti dituduh seteru politik tetapi seorang mantan IGP dan mantan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

IGP menyelar dgn sindiran yg sungguh pedas, " apa guna ilmu agama tinggi melangit tapi takut berterus dan tidak berusaha utk mengatasinya." Lokman Adam pula buat pertama kalinya begitu garang dan tegas menghentam Ketua Dewan Ulamak Pas tersebut (sila lihat video rakamannya ).

Tan Sri baru kenal siapa mereka? Mereka tak pernah faham Tan Sri... sb itu mereka tak layak utk diletakkan walau sekadar menjadi Menteri Agama. Jawatan itu hanya gula2 utk mereka saja dan akhirnya mereka lebih sudu dari kuah pertahankan kerajaan ini Tan Sri.

Lokman Adam baru tahu ke siapa mereka? Dulu Lokman puak kamu hanya mahu pergunakan mereka. Kami PH dah serik dah... dah bagi warning... rupanya tak sampai 2 tahun dah nak bercerai. Malah pemimpin kalian dihina pula...baru tahuDescription: 😂.

Dah lama saya tidak menulis mengenai PAS kerana saya seolah sudah putus harapan utk memberi penerangan kpd mereka yg bergelar walaun ini. Kenapa saya berputus asa? Saya telan betul2 kata Imam Syafie 'Aku mampu berhujah dgn 10 orang yg berilmu........kerana org yg jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu. Pesanannya juga jika org bodoh mengajak kamu berdebat baiklah kamu diam.

Puak ini selalu ingat mereka hafal beberapa hadis, hafal beberapa juzuk Quran, pakai serban, jubah mereka dan hebat, dah dijamin ke syurga... org lain semua salah. Mereka tidak faham landasan ilmu kerana sifat taksub dan jahil.

Kejahilan bukan sahaja akn melahirkan sikap taksub, malah ia boleh menyebabkan merosakkan individu, masyarakat, agama dan negara. Kejahilan dan ketaksuban juga menjadikan diri mereka tidak dpt membezakan di antara kebenaran dan kebatilan. Hati mereka telah buta daripada keimanan dan ketakwaan.

Sebagaimana kata2 cendiakwan ilmu, 'Buta hati kerana jahil lebih berbahaya daripada buta mata. Bukan sedikit mereka celik mata tetapi buta hati kerana jahil. Golongan ini makin diberi peringatan atau nasihat makin bertambah bebal dan jahil.'

Lebih berbahaya lagi apabila ditambah pula dgn penyakit kesombongan pada walaun ini sebagaimana kata Saidina Ali, 'Tiada musuh yg lebih aku takuti daripada kejahilan. Setiap manusia menjadi musuh selama ia jahil.'

Jadi faham kenapa puak parti ini dulu pernah mensucikan DAP dgn pelbagai hujan. Sekejap lagi bermusuh dgn org ini, berbaik pula dgn UMNO... disucikan UMNO konon sudah berubah, tak sampai 2 tahun Najib Razak pun menjadi bahan sindiran hingga menaikkan kemarahan Lokman Adam. Muhyiddin pernah mengatakan PAS itu parti ajaran sesat dan KuLi berkata PAS ini pelacur politik.

Sepatutnya mereka yg digelar 'walaun' ini jika mampu berfikir dan tidak bersikap taksub mampu melihat sikap pemimpin2 mereka.

Terlalu byk isu pemimpin PAS bukan berpihak kpd rakyat atau pengundi mereka tetapi lebih memihak kpd kerajaan yg menjadikan mereka sebagai Menteri. Terlalu byk isu contohnya

1. Darurat disokong oleh Hadi. Malah Hadi mengatakan golongan yg menentang pelaksanaan darurat utk menangani Covid-19 lebih teruk daripada pembunuh yg membuat serangan bom...wow Description: 😂

2. Taki memberitahu jgn pertikaikan nilai kompoun. Sdgkan jika disaman RM 10k sudah menjadi bebanan besar apatah lagi jika nilainya RM 50k

3. Nik Amar memberitahu RM 50k tidak keterlaluan dan jika dibayar awal hanya RM 25k.... wow Description: 😀

4. MB Kelantan sokong naikkan kompoun rakyat yg melanggar SOP

5. Exco PAS Perak sokong Pelajar dikompaun RM 1.5k sebelum uturn.

.... byk lagi isu yg jelas pemimpin PAS dilihat menjilat kerajaan PN lebih teruk dari sesetengah pemimpin UMNO ( Menteri UMNO ) di dlm kerajaan PN. Pemimpin atau Menteri UMNO tidak menyokong kompaun dinaikkan. Tidak sokong darurat, tidak sokong Parlimen ditutup. Pernah kalian lihat pemimpin PAS membantah sebarang tindakan kerajaan? Sebab itu saya menulis saya lebih mahu mengajak pengundi atau penyokong UMNO utk berubah bukannya walaun.

Terbaru Najib disindir oleh Ketua Ulama Pas, Dr Nik Zawawi. Katanya tindakan Najib sekarang yg membuat ‘troll’ dan lontaran polemik yg tidak memberikan faedah kpd sistuasi sekarang.

Dinamisme sepatutnya diharapkan daripada Dewan Ulama PAS utk menjadi satu institusi yg lebih dinamik. Patut mereka perjuangkan RUU355 yg dulu hingga ada pengikut yg sanggup berkayuh basikal beratus kilometer. Malangnya Ketua Dewan Ulama PAS memainkan isu nak troll Najib dan ia menjejaskan kredibiliti dan kualitinya Dewan Ulama ni.

Cuma jika kalian perasan punyalah hebat tahap kesabaran DS Anwar walaupun Hadi pernah mengherdiknya ( menurut Saifuddin Nasution ) dan membawa PAS meninggalkan perjuangan PR tapi sedikit pun Anwar tidak pernah memaki atau menggelarkan PAS dgn panggilan pelacur dan sebagainya. Begitulah juga UMNO yg telah mencampakkannya ke dlm penjara tetap Anwar pertahankan parti itu dari diharamkan ... hebat kesabaran manusia bernama Anwar ini.

Esok Insyallah saya akn menulis kenapa UMNO dan Bersatu perlukan PAS? Kenapa UMNO masih bersabar dgn PAS? Salah faham pemimpin dan pengikut mereka mengenai Sains Politik dan Islam...

Salam Subuh dan selamat bersahur....SAMBUNG