BOLEHKAH NAK LAWAN MOSSAD...NAK CARI JHO LOW PUN SAMPAI LA TAK JUMPA...SAJAT DAH JUMPA ?

 

Ancaman Israel: PDRM bersama agensi-agensi keselamatan tingkatkan kawalan



Astro Awani
Ancaman Israel: PDRM bersama agensi-agensi keselamatan tingkatkan kawalan
Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin-pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya mengambil maklum kewujudan organisasi yang mendukung dan menyokong aspirasi perjuangan rakyat Palestin di negara ini.
Sehubungan itu, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi-agensi keselamatan lain telah meningkatkan kawalan keselamatan dari semua aspek bagi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan rakyat malaysia, termasuk warga Palestin yang berada di dalam negara.
KDN juga menyeru orang ramai untuk bertenang kerana keadaan keselamatan dalam negara adalah terkawal dan kekal berada di tahap yang baik.
Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya untuk terus menyokong aspirasi dan perjuangan rakyat Palestin.