STEVEN SIM
Hari ini ada orang call kata seorang ayah minta tablet untuk
anaknya di Kampung Bukit Kecil. Ayahnya bekerja sebagai seorang posmen. Anak
empat orang. Paling sulung Tingkatan 1 di BM High School.
Besok sudah start pembelajaran online di rumah, tapi tak ada
peranti. Nak tunggu kerajaan bagi, sudah enam bulan tak mai lagi. Maka ada
kawan suruh dia cuba pohon dekat pejabat saya.
Bila saya dapat tahu perkara ini, saya terus bawa sebuah tablet
Samsung Tab ke rumahnya. Kampung Bukit Kecil berjiran dengan rumah saya. Jalan
kaki pun sampai. Nak pi tolong satu dunia, tapi kalau jiran sendiri tak pi
bantu, tak patut juga.
Sampai kat rumah mereka, ayah tak ada di rumah sebab pergi
kerja. Mereka terkejut saya datang melawat bawa tablet pada hari Ahad. Saya
kata, tak pelik, ayah kamu pun bekerja untuk kita semua pada hari Ahad.
Bila dapat tablet, anak Tingkatan 1 itu, Nabila, begitu gembira
sekali. Dia kata dia pernah jumpa saya semasa di sekolah rendah dulu. Bila
tanya cita-citanya, Nabila jawab: Nak jadi doktor. Sejuk hati mendengar.
Anak-anak Bukit Mertajam semuanya ada cita-cita yang murni. Semoga berjaya
anakku.
Jujur nak kata, saya pun sudah habis dana untuk beli peranti.
Setakat ini kita sudah agihkan 500 buah laptop dan tablet kepada anak-anak di
Bukit Mertajam.
Setiap kali ada orang derma, saya kumpulkan sekaligus borong 10
buah, kadang kala 20 buah; beli banyak taukeh bagi diskaun. Saya akan masukkan
duit sendiri untuk cukupkan jumlahnya kalau tabung tak cukup duit. Asal Cek Mau
Pi Sekolah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh.
Saya akan buat order lagi dalam masa terdekat. Kalau kawan-kawan
sudi nak join bersama, bolehlah salurkan sumbangan ke tabung:
Akaun: Maybank
Penama: Akaun Khas Pusat Khidmat Parlimen Bukit Mertajam
No Akaun: 557090527361