SEMALAM RM500 RIBU, KINI DANA YANG BERJAYA DIKUMPUL ANWAR UNTUK PALESTIN MENINGKAT RM1 JUTA

 

SAIFUDDIN NASUTION 



SEMALAM RM500 RIBU, KINI DANA YANG BERJAYA DIKUMPUL ANWAR UNTUK PALESTIN MENINGKAT RM1 JUTA

16 May 2021

Kebiadaban Israel mesti disanggah dan kekejaman mereka mesti dicabar.

Tidak dinafikan negara-negara Arab lemah dan bisu, serta hipokrasi negara-negara Barat terpampang jelas.

Saya gesa pemerintah Malaysia untuk berbuat sesuatu yang lebih tegas dari biasa dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Saya juga merayu agar bantuan terus disalurkan kepada Viva Palestina dan My Aqsa Defenders (maklumat tertera dalam video) agar dapat kita bantu warga Palestin dari segi pendidikan, ekonomi dan juga keselamatan mereka.

Alhamdulillah, pihak saya juga berjaya mengumpul dana sebanyak RM 1 juta dan ia telah disalurkan terus kepada pihak yang terkesan di Palestin.

Penghargaan saya buat semua yang membantu.

ANWAR IBRAHIM

Presiden PKR/Pengerusi PH

16 Mei 2021.

 

No comments: