EKORAN KENYATAAN PM BELANJA 600 BILLION. KEMANA DAN DIMANA MENGUNTUNGKAN RAKYAT ?

 

Muhyiddin, mengapa peruntukan besar tidak untungkan rakyat? Guan Eng




Oleh Ghafar NS

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan bagaimana RM5 bilion yang “dijarah” dari tabung Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk Program Imunisasi Kebangsaan dan RM622 bilion melalui pakej rangsangan ekonomi dan Belanjawan 2021 dibelanjakan?

Ini kerana, kadar vaksinasi Malaysia kini masih rendah berbanding Indonesia, malah tidak ada pemulihan ekonomi yang mampan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam (16 Mei 2021) turut bertanya, berapa banyak lagi PKP yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia akibat sikap keras kepala dan kegagalan Perikatan Nasional (PN) untuk menguruskan krisis Covid-19 serta berhenti daripada membuat dasar yang berubah-ubah?

“Menggunakan dana KWAN adalah tindakan tidak jujur ​ PN, kerana Belanjawan 2021 tidak pernah mendedahkan perkara ini apabila ia diluluskan oleh Parlimen.

“Walaupun menggunakan RM5 bilion dari KWAN, kadar vaksinasi masih rendah dengan hanya 2.3% penduduk menerima 2 dos penuh vaksin,” kata Guan Eng yang juga merupakan ahli Parlimen Bagan.

Menurut Guan Eng, prestasi Malaysia lebih buruk berbanding Indonesia yang mencatatkan kadar vaksinasi 4.2%, sedangkan penduduknya lebih besar.

Kini katanya, dengan kelemahan kerajaan menguruskan krisis ini, tidak hairanlah apabila Indonesia menggunakan Malaysia sebagai contoh yang menyedihkan untuk memberi amaran kepada rakyatnya agar tidak mengikut Malaysia dalam kegagalan mematuhi SOP Covid-19.

“Rakyat Malaysia juga berhak tahu bagaimanakah RM622 bilion yang disebut dalam Belanjawan 2021 itu digunakan bagi memulihkan ekonomi negara, dan sepatutnya manfaat RM20,000 dirasai oleh setiap seorang daripada 30 juta rakyat Malaysia,” tegas Guan Eng.

Menurutnya lagi, PN perlu menjelaskan sepenuhnya bagaimana peruntukan sebegitu besar tidak menguntungkan rakyat Malaysia untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan, dan mata pencarian ekonomi mereka, terutamanya bagi sektor runcit dan borong, pembinaan, dan yang pasti sektor pelancongan serta perhotelan.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

WOIIII KAWANG KAWANG- KERAJAAN MELAYU ISLE DAH BERI LINE CLEAR - BOLEH DOH AMBIK NO EKOR