MENITIK MALAM

MENITIK MALAM

Interview eksklusif Malaysia Gazzette dengan Anwar yang disiarkan menerusi live Fb sekejap tadi seperti menelan seteguh air di tengah sehara. Ia terlalu pendek untuk mengikuti sejarah dramatik seorang Anwar yang panjang dan berlekok-lekok.

Apa diajukan kepada beliau dijawab dengan tuntas dan konsisten. Anwar tidak lari dari paksi perjuangan dan terpesung daripada ensel prinsipnya sejak dulu hingga kini.

Apa terkesan bagi saya dalam interview selama 21.49 minit itu apabila ditanya apakah rahsia menyebabkan beliau istiqamah dengan perjuangan walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan, dijawabnya "senyum walaupun di dalam hati menangis, senyuman dalam tangisan."

Tahniah kepada MG atas inisiatif itu yang membuka pencerahan untuk khalayak mengenali sosok bernama Anwar Ibrahim. Trims. Disertakan beberapa foto yang sempat saya tangkap layar semasa interview itu.

 


No comments: